web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nurul Izzah Sepatutnya Lapor Tugasan Kepada Ketua Penasihat Kewangan, Bukannya Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 5:08PM

Dr Muhammad Mohan berkata, tindakan meletakkan Nurul Izzah secara terus di bawah Anwar Ibrahim memberi ‘isyarat salah’ dan boleh membawa cerminan buruk kepada pentadbiran negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertikaian terhadap pelantikan Nurul Izzah Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapanya, boleh diselesaikan dengan penjenamaan semula jawatan itu.

Presiden Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, tindakan meletakkan Nurul Izzah secara terus di bawah Anwar memberi ‘isyarat salah’ dan boleh membawa cerminan buruk kepada pentadbiran negara.

Justeru, beliau menggesa Perdana Menteri untuk mempertimbangkan cadangan supaya mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut melaporkan tugasan di bawah individu lain di Kementerian Kewangan.

“Nurul Izzah sepatutnya melaporkan diri kepada (mantan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas) Tan Sri Mohd Hassan Marican, yang mengetuai pasukan penasihat Anwar di kementerian berkenaan.

“Biarkan Nurul Izzah bekerja dengan Mohd Hassan dan mereka boleh berfungsi sebagai kumpulan penasihat, berbanding beliau melaporkan tugasan terus kepada Anwar.

“Kita faham bahawa Anwar perlukan bantuan, namun cara (pelantikan Nurul Izzah) dibuat perlu penstrukturan semula, kemudian barulah kerja dapat dilakukan,” katanya kepada The Vibes.

Beliau juga mencadangkan supaya perjawatan Nurul Izzah diubah daripada Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada ‘Penasihat Kanan Pematuhan dan Tadbir Urus Baik’, memandangkan ia akan memberi gambaran berhubung skop kerjanya untuk menguruskan tender serta kontrak kerajaan.

“Nurul Izzah adalah seorang ahli politik cemerlang. Berdasarkan rekodnya, beliau pasti akan melakukan tugasannya sebaik mungkin dengan integriti, ketegasan dan komitment tinggi.

“Memiliki beliau sebagai sebahagian daripada kerajaan adalah sangat bagus, namun masalahnya di sini adalah hubungannya (dengan Anwar) yang menimbulkan isu nepotisme,” tambah beliau.

Menegaskan pengumuman bahawa Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR menggalas tugas itu tanpa sebarang elaun, beliau berkata, ia tidak akan menenggelamkan isu nepotisme, justeru Anwar perlu menimbang semula kedudukan anaknya secepat mungkin.

“Hubungan ayah dan anak antara kedua-dua mereka, ditambah dengan Nurul Izzah melaporkan terus (kepada Anwar), isu nepotisme tetap ada.

“Bagi mengelakkan kemungkinan pandangan Anwar memberi kelebihan atau kontrak kepada ahli keluarga terdekat, saya cadangkan Nurul Izzah diletakkan di bawah individu lain dan mengelakkan berurusan secara langsung (dengan Anwar),” katanya.

Beliau pada masa sama turut menzahirkan kebimbangan berhubung prestasi negara terhadap Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun ini, jika Anwar enggan bertindak terhadap suara yang menentang pelantikan Nurul Izzah.

“Kebimbangan kita adalah Malaysia akan memperoleh markah lebih rendah (kerana isu pelantikan Nurul Izzah). Kita tidak ada banyak masa (untuk memperbetulkan keadaan) kerana biasanya laporan akan dikumpil sekitar September atau Oktober,” katanya.

Pada Selasa lalu, Malaysia dilaporkan memperoleh marah rendah dalam CPI 2022, dengan memperoleh 47 daripada 100 mata, menurun daripada 48 mata pada tahun sebelumnya.

Anwar pula mempertahankan keputusannya melantik Nurul Izzah sebagai penasihat kanannya, apabila menegaskan ia tiada kaitan dengan nepotisme.

Beliau berkata, pelantikan Nurul Izzah yang dilaporkan pada 29 Januari lalu namun sudah memulakan tugas sejak 3 Januari, dibuat berdasarkan kelayakkan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya menggesa Nurul Izzah meletak jawatan dengan alasan pelantikan itu ‘salah tempat’ dan boleh menjadi ‘titik hitam’ dalam perjalanan politiknya di masa depan yang mungkin lebih cerah. - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

2

Politik 3 tahun yang lalu

Tanding PRN Pulau Pinang? Ini Respons Nurul Izzah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang 2 Penggal Tidak Boleh Dilantik Semula - Chow

4

Politik 3 tahun yang lalu

Pemuda UMNO Lantik 3 Ahli Sertai Kepimpinan Tertinggi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan