web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Terpedaya Dengan Scammer - Perdana Menteri 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2023 6:37PM

Kerajaan telah mengambil pendirian tegas berhubung isu berkenaan, namun orang ramai masih perlu berwaspada, lebih-lebih lagi jika ia kelihatan begitu mempersonakan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK – Rakyat Malaysia perlu lebih berwaspada dengan tipu daya scammer, khususnya sindiket pemerdagangan manusia yang sering mengambil kesempatan terhadap individu terdesak, dengan menawarkan pekerjaan bergaji lumayan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dalam sidang media berkata, kerajaan telah mengambil pendirian tegas berhubung isu berkenaan, namun orang ramai masih perlu berwaspada, lebih-lebih lagi jika ia kelihatan begitu mempersonakan.

“Kita mengambil pendirian amat tegas dalam perkara ini namun pada masa sama, rakyat juga perlu sentiasa berwaspada. Scammer ini bersembunyi di banyak negara, termasuk Myanmar.

“Kita boleh membiarkan diri kita ditipu. Ketika ini, saya telah mengarahkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi (Fadzil) untuk mencari jalan dan memperkasa undang-undang. Polis juga tidak ketinggalan mengambil tindakan sewajarnya.

“Selain itu, kita hanya boleh memberi nasihat,” kata Anwar mengulas kes melibatkan lima rakyat Malaysia yang diperdaya sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar dan dipaksa bekerja sebagai scammer atas talian.

Kesemua mangsa telah diselamatkan dan kini menunggu di Bangkok untuk dihantar pulang.

Bertindak atas maklumat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntun, Sim Chon Siang dan beberapa lain, sekumpulan anggota tentera Thailand menyerbu KK Gardens di Myawaddy, Myanmar pada 3 Februari lalu.

Mereka berjaya menyelamatkan Adam Iskandar Tukiman, 20, Akmar Hamsan, 19, Kamil Abd Hamid, 25, Nur Fitriani Abdullah, 19, dan Lee Zhi Cong yang ditahan di sana.

Kesemua mangsa dijangka tiba di Malaysia selewat-lewatnya pada 15 Februari, selepas melepasi beberapa prosedur diperlukan.

 Seorang lagi rakyat Malaysia yang namanya dirahsiakan atas tujuan keselamatan masih belum diselamatkan.

Beliau sepatutnya melepaskan diri Selasa lalu, tetapi gagal tiba di lokasi pertemuan di seberang sungai yang menjadi tempat menunggu pihak berkuasa Thailand. - Getaran, 10 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi