web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Gembira Maklum Balas Positif PM Thailand Berhubung Konflik Selatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2023 6:12PM

Berdasarkan perbincangan itu, Prayut telah menunjukkan kesanggupan untuk memastikan keamanan yang berpanjangan untuk rakyatnya. - Gambar ihsan PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa gembira atas maklum balas positif rakan sejawatannya dari Thailand, Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan-o-cha berhubung konflik sejak berdekad lalu dengan penduduk Islam di Selatan Thailand.

Bercakap pada sidang media selepas lawatan rasmi pertamanya ke negara dengan jolokan 'Land Of Smiles' itu, Anwar berkata berdasarkan perbincangan mereka, Prayut telah menunjukkan kesanggupan untuk memastikan keamanan yang berpanjangan untuk rakyatnya.

“Saya pernah mengatakan bahawa defisit kepercayaan bermula di atas. Berdasarkan perbincangan kami dengan perdana menteri Thailand, saya dapat lihat mereka sanggup (membincangkan isu itu). Sebelum ini, ia adalah perkara sensitif, kita tidak boleh bercakap secara terbuka.

“Kini, mereka nampaknya lebih terbuka dan kami mengadakan perbincangan yang baik. Kita tidak boleh menyelesaikan perkara ini pada peringkat itu sahaja. Kita akan memerlukan (bantuan) ketenteraan, polis, agensi perisikan, pemimpin agama dan masyarakat, pendidikan dan penglibatan NGO.

"Kita perlu merancang untuk membina satu rangkaian yang kukuh," jelas beliau berhubung proses damai di Selatan Thailand di mana Malaysia akan bertindak selaku fasilitator.

Bagaimanapun, perdana menteri turut menegaskan bahawa Putrajaya tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal Bangkok berhubung pertelingkahan itu, memandangkan ia adalah urusan domestik.

Dalam perkembangan berasingan, Ahli Parlimen Tambun itu turut gembira perbincangan berhubung isu ekonomi akan membuahkan hasil.

Lawatan itu memberi tumpuan kepada keselamatan makanan dan teknologi Thailand, serta teknologi digital, pengangkutan dan tenaga mereka yang disifatkan Anwar sebagai lebih maju berbanding Malaysia.

"Malah, minggu depan satu delegasi perdagangan khas akan datang ke sini untuk melihat beberapa potensi pelaburan," kata Anwar. – The Vibes, 10 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan