web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Sokong Penubuhan Syarikat Inovatif, Berpertumbuhan Tinggi Dalam Belanjawan 2023 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 8:54PM

Komitmen itu dinyatakannya dalam perbincangan secara maya dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 10 syarikat terkemuka negara, antaranya Aerodyne, Carsome dan Inari Amerton semalam. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyatakan komitmen untuk menyokong penubuhan syarikat inovatif dan berpertumbuhan tinggi tempatan melalui peningkatakan pelaburan dalam organisasi teknologi di bawah Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen itu dinyatakannya dalam perbincangan secara maya dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 10 syarikat terkemuka negara, antaranya Aerodyne, Carsome dan Inari Amerton semalam.

Beliau berkata, pertemuan itu adalah sebahagian daripada siri libat urus Belanjawan 2023 bersama industri di negara ini.

“Perbincangan terkait mengenai potensi besar syarikat pemula di Malaysia dan keperluan campur tangan dasar kerajaan dalam memperkukuh ekosistem syarikat pemula, terutamanya bagi aspek pembiayaan, pembangunan bakat serta insentif fiskal. 

“Malaysia mempunyai bakat untuk membina syarikat inovatif berpertumbuhan tinggi yang seterusnya, berupaya menjana pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat Malaysia,” katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, selaras teras Daya Cipta dalam visi Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan menggalakkan pelaburan berlandaskan pengetahuan dan inovasi. 

“GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) termasuk KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Khazanah akan melabur lebih RM1 bilion dalam syarikat pemula tempatan yang inovatif serta berpertumbuhan tinggi,” katanya.

Belanjawan 2023 Kerajaan Perpaduan dijangka dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 24 Februari depan semasa sidang Parlimen. - Getaran, 9 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad