web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Di Sebalik Spekulasi, Kerajaan Perpaduan Stabil, Beri Keutamaan Kepada Negara - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 6:17PM

PM Anwar bersama isteri Dr Wan Azizah pada Majlis Minum Petang bersama Diaspora Malaysia di Thailand, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan campuran pimpinannya sudah pasti stabil walaupun wujud pelbagai spekulasi dicetuskan pihak tertentu.

Berseloroh kepada diaspora Malaysia bahawa kerajaan itu adalah ‘gabungan tidak suci’, Perdana Menteri berkata, tiga parti utama pakatan berkenaan, iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta beberapa parti lain, kerap bertemu untuk menyelesaikan isu dihadapi negara.

“Dan tidak pernah berlaku sebelum ini bahawa Perdana Menteri mewakilkan beberapa jawatankuasa Kabinet kepada Timbalan Perdana Menteri, mereka melaporkan kepada saya dan kemudian Jemaah Menteri mempunyai kata putus, tetapi ini menunjukkan bahawa jalinan gabungan ini boleh diperkukuh.

“Mengapa saya menekankan perkara ini? (Kerana) Ia tidak menghalang orang lain daripada membuat spekulasi bahawa mungkin berlaku satu lagi Langkah Sheraton, Langkah Ritz Carlton dan Langkah St Regis atau apa sahaja... Nampak standardnya semakin tinggi.

“Kata putus terakhir adalah ‘Langkah Istana’, yang memberi kelebihan kepada saya. Dengan dukungan itu, kita harus fokus kepada tanggungjawab dan keutamaan kita,” kata Anwar.

Anwar tiba di Thailand untuk lawatan rasmi dua hari sehingga esok, bagi meningkatkan hubungan dua hala dan mengukuhkan kerjasama pelbagai aspek antara kedua-dua negara.

Pesawat khas yang membawa Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Terminal Udara Tentera 2 pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan).

Ketibaan beliau disambut Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Luar, Don Pramudwinai, mewakili kerajaan negara berkenaan.

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.

Ia adalah lawatan rasmi sulung Anwar ke Thailand selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Lawatan itu adalah atas jemputan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha.

Delegasi Malaysia turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Nik Nazmi Nik Ahmad serta pegawai atasan kementerian dan agensi berkaitan.

Jadual padat menanti Perdana Menteri dalam rangka lawatan itu yang akan dimulakan dengan jamuan minum petang bersama diaspora Malaysia. – Getaran, 9 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar