web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Anwar Adakan Lawatan Rasmi Ke Thailand Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 1:13PM

Lawatan Anwar ke Thailand adalah atas undangan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Thailand selama dua hari bermula Khamis untuk bertemu rakan sejawatannya Prayuth Chan o-cha bagi membincangkan hala tuju dalam mengukuhkan kerjasama pelbagai hala antara Malaysia dan Thailand.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) memaklumkan lawatan Anwar ke Thailand selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 adalah atas undangan Prayuth.

“Pertemuan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin membincangkan hala tuju kerjasama pelbagai bidang antara Malaysia dan Thailand. Bidang-bidang utama meliputi kerjasama ekonomi, pembangunan kawasan sempadan dan projek-projek kesalinghubungan di kawasan sempadan darat,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan majlis pertukaran empat Memorandum Persefahaman dalam bidang kerjasama tenaga dan ekonomi digital.

“Kedua-dua pemimpin akan turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Lawatan itu mencerminkan hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Thailand yang dibina berasaskan kepercayaan dan perkongsian bersama.

“Hubungan rapat itu telah memberi manfaat kepada rakyat daripada kedua-dua negara hasil daripada kerjasama meluas dalam pelbagai sektor, terutama melalui kerjasama rentas sempadan,” katanya.

“Hubungan rapat itu telah memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara daripada kerjasama yang dilaksanakan dalam pelbagai sektor, terutamanya melalui kerjasama rentas sempadan,” menurut kenyataan itu.

Anwar juga dijadual mengadakan sesi libat urus dengan diaspora Malaysia di Bangkok.

Perdana Menteri akan diiringi isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan delegasi Malaysia terdiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,  Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad serta pegawai dari kementerian dan agensi yang berkaitan.

Pada tahun lepas, Thailand merupakan rakan dagangan ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM122.03 bilion (US$27.75 bilion), peningkatan sebanyak 17.9 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada tahun 2021.

Ini adalah lawatan rasmi antarabangsa keempat Anwar selepas Indonesia, Brunei dan Singapura sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek