web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


EU harap Malaysia ratifikasi perjanjian trafik udara ASEAN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 4:27PM

Malaysia menandatangani AE CATA pada 17 Oktober tahun lepas namun belum lagi menyertai negara anggota ASEAN dan EU yang lain meratifikasikannya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesatuan Eropah (EU) berharap Malaysia akan menyertai 36 negara EU dan ASEAN yang lain meratifikasi Perjanjian Trafik Udara Komprehensif ASEAN-EU (AE CATA), perjanjian pengangkutan udara blok ke blok pertama di dunia.

AE CATA bermatlamat untuk meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi dalam  kalangan negara anggota dua blok serantau.

Malaysia menandatangani Perjanjian itu pada 17 Oktober tahun lepas namun belum lagi menyertai negara anggota ASEAN dan EU yang lain meratifikasikannya.

Perjanjian itu memperuntukkan bahawa Malaysia boleh menyertai ratifikasi apabila ia sudah bersedia untuk berbuat demikian.

Duta EU ke Malaysia Michalis Rokas berkata pintu terbuka untuk Malaysia ‘menyertainya’ dan ia wajar mempertimbang semula peluang besar melangkaui sambungan udara yang lebih baik dan hubungan yang akan dibawa oleh perjanjian itu kepada para penandatangannya.

Beliau berkata menerusi beribu-ribu syarikat Eropah yang kini beroperasi di Malaysia dan 40 peratus barangan EU melalui perairan antarabangsa Malaysia, negara itu merupakan pintu masuk penting EU ke pasaran ASEAN dan bersedia untuk memperoleh manfaat daripada perjanjian itu.

Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara merupakan pusat aktiviti perindustrian aeronautik yang penting Airbus dan menjadi lokasi operasi beberapa syarikat Eropah terbesar termasuk Ericsson, Nokia, Siemens, B. Braun, BASF, Leonardo, AT&S, Volvo dan banyak lagi.

“Semoga Malaysia menandatangani ratifikasi itu dan meraih manfaat daripada perjanjian itu. Kita tidak mengecualikan Malaysia, sebaliknya kita mahu Malaysia sertai secepat mungkin,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ditandatangani di Bali, Indonesia oleh semua 27 negara anggota EU dan 10 anggota ASEAN, AE CATA menyediakan asas untuk kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua kawasan blok seperti keselamatan penerbangan, pengurusan trafik udara, perlindungan pengguna, alam sekitar serta sosial.

Perjanjian baharu itu juga menggantikan semua perjanjian penerbangan dua hala Negara Anggota EU dengan sepuluh negara anggota ASEAN dan menyediakan rangka kerja tunggal moden untuk perkhidmatan udara antara EU dan ASEAN.

EU adalah antara rakan dagangan terbesar Malaysia selepas Singapura, China dan Amerika Syarikat. Jumlah perdagangan dua hala pada 2022 melebihi RM216 bilion, dengan Malaysia menikmati lebihan dagangan yang besar dengan EU.

Sebahagian besar barang dagangan adalah elektrik dan elektronik serta mesin dan peralatan.

EU juga merupakan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia dan produk berasaskan sawit selepas India dan China. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad