web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPDN N. Sembilan Serbu Stor Seleweng LPG Bersubsidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 3:01PM

Serbuan pada 10.50 malam itu turut menyita sebuah lori dan peralatan digunakan untuk pemindahan gas LPG berkenaan dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM38,320 - Gambar KPDN Negeri Sembilan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 177 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Bemban, Mambau di sini malam tadi.

Pengarahnya Muhammad Zahir Mazlan berkata serbuan pada 10.50 malam itu turut menyita sebuah lori dan peralatan digunakan untuk pemindahan gas LPG berkenaan dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM38,320.

“Pasukan penguat kuasa menemukan 24 tong 50 kilogram (kg) LPG yang masih berisi dan 39 tong 50 kg yang kosong untuk kegunaan industri manakala 114 tong 14 kg kosong untuk kegunaan domestik berada di stor berkenaan.

“Hasil siasatan turut mendapati stor itu disyaki digunakan sebagai tempat memindahkan gas LPG bersubsidi ke dalam tong gas LPG kegunaan industri berdasarkan penemuan peralatan seperti hos paip, mesin pam dan alat timbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati premis dan individu yang ditemukan di lokasi itu juga tidak mempunyai sebarang lesen atau surat kebenaran daripada pengawal bekalan bagi berurusan dengan barang kawalan berjadual.

Muhammad Zahir berkata susulan itu, dua pekerja lelaki warga Myanmar di stor terbabit yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya KPDN Negeri Sembilan sentiasa komited memantau barangan kawalan bagi mencegah sebarang aktiviti penyelewengan di pasaran selain mengingatkan mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual mematuhi perundangan yang ditetapkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

2

Kolum 3 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

3

Rencana 4 hari yang lalu

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

4

Semasa 5 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik