web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Netizen Puji Sultan Ibrahim Hadiri Thaipusam, ‘Daulat Tuanku Tunjuk Batas Sebenar…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 7:23PM

Ketibaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar disambut ramai penganut Hindu di Kuil Arulmigu Sri Balasubramaniar, Skudai, Johor Bahru - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Johor berkenan berangkat ke majlis santapan sempena perayaan Thaipusam di Kuil Arulmigu Sri Balasubramaniar di Skudai, Johor Bahru, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, ketibaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar disambut ramai penganut Hindu di kuil berkenaan.

Difahamkan kunjungan terbabit merupakan kali pertama bagi Sultan Ibrahim menghadiri sambutan Thaipusam dalam tempoh tiga tahun berikutan wabak COVID-19 sebelum ini.

Kali terakhir Sultan Johor menghadiri perayaan itu adalah pada 2019 di kuil Arulmigu Thendayuthapani di Wadi Hana, Johor Baru.

Pada majlis itu baginda turut berkenan memberi sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang kepada 10 pelajar terpilih dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Rini, Iskandar Puteri, Johor Baru.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon; Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K Raven serta Pengerusi Kuil Arulmigu Sri Balasubramaniar, Datuk S Balakrishnan.

Kehadiran Sultan Ibrahim pada perayaan tersebut mendapat perhatian netizen selepas perkara itu dikongsi di Facebook baginda.

Majoriti memuji sikap baginda yang memahami dan menghormati agama penganut lain di negara ini.

“Ya dapat jumpa Tuanku tadi di kuil Skudai. Selamat Hari Thaipusam. Daulat Tuanku,” kata Mri Thini.

“Daulat Tuanku. Bangsa Johor terutama kaum India amat gembira. Semoga Tuanku dan Bangsa Johor sentiasa dirahmati. Kami sayang Johor,” kata Persatuan Kabaddi Johor.

“Daulat Tuanku, sebab tunjukkan batas sebenar selari dengan fatwa dikeluarkan. Semoga rakan bukan Islam faham,” kata Iqbal Idham.

“Daulat Tuanku. Sultan Johor, terbaik untuk rakyat Johor,” kata Param Siven.

Terdahulu, Sultan Ibrahim bertitah, umat Islam boleh menghadiri jemputan ke majlis diadakan penganut agama lain tanpa upacara ritual keagamaan berdasarkan Fatwa Orang Islam Hadir Ke Upacara Ritual Perayaan Penganut Agama Bukan Islam dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Titah baginda, sebilangan ulama berpendapat perbuatan memenuhi undangan itu sebagai harus dan dibenarkan.

Semalam, Sultan Ibrahim bertitah bahawa fatwa dikeluarkan MAINJ pada Jumaat lalu, tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor di negeri tersebut.

Titah baginda, konsep Bangsa Johor adalah satu amalan, iaitu kepelbagaian kaum dan agama di negeri berkenaan tetap akan dihormati. - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Pandu Kereta Termahal Di Dunia

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Akaun Media Sosial Palsu Guna 'Suara' Agong

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan