web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Ia Fitnah Jahat’, SKMM, PDRM Siasat Segera FB Sam MY

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 1:04PM

SKMM dan PDRM digesa menyiasat hantaran pemilik Facebook, Sam MY kerana didakwa memfitnah PM Anwar Ibrahim. - Gambar dari Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat segera hantaran pemilik Facebook, Sam MY kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia adalah satu fitnah jahat dan sangkaan buruk oleh individu tersebut.

“Pemfitnah ini menggunakan gambar lama yang mana kenalan saya iaitu Abd Rahman Yusof (individu dalam gambar) telah meninggal dunia pada 8 Jun 2021.

“Gambar itu adalah fitnah. Saya telah mohon SKMM, PDRM siasat segera,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, Sam MY mempertikaikan cara kerajaan perpaduan berbelanja.

Katanya, rakyat Marhaen disuruh makan menu Rahmah kononnya berjimat cermat dan bijak berbelanja tetapi mereka berminyak bibir makan daging unta.

Terdahulu Program Menu Rahmah yang menawarkan hidangan lengkap bernilai RM5 dengan penyertaan hampir 1,500 pengusaha, dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), baru-baru ini.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, menu berkenaan yang merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur dikhususkan kepada golongan miskin tegar yang memerlukan makanan siap masak pada harga munasabah.

Katanya, menu berkenaan tercetus menerusi sesi libat urus KPDN bersama pemain industri baru-baru ini bagi mencari kaedah terbaik menangani isu kenaikan harga makanan dalam situasi 'menang-menang' bagi mengurangkan kos operasi serta menawarkan harga munasabah kepada pelanggan. - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 50 minit yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad