web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Umat Islam Dilarang Terlibat Acara Thaipusam, ‘Ia Peribadatan Agama…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 9:42AM

Thaipusam merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada penganutnya. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menasihati umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam, hari ini.

Beliau berkata, ini kerana Thaipusam merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada penganutnya.

Menurut beliau, nasihat itu juga berpandukan kepada ketetapan panduan yang dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah iaitu Islam membataskan hubungan tersebut di dalam perkara kepercayaan dan amalan keagamaan.

“Batas tersebut sebagai sempadan yang damai, bersemangat toleransi dalam menerima kebebasan dalam mengamal kepercayaan dan amalan agama masing-masing.

“Justeru, dengan prinsip ini umat Islam adalah dilarang daripada terlibat menyertai apa- apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa sama, Mohd Na'im turut meminta seluruh rakyat Malaysia agar menghormati perayaan setiap agama di negara kerana ia adalah asas kerukunan hidup yang harmoni di antara penganut agama.

Katanya, agama Islam juga menyeru supaya umat Islam sentiasa menjaga kerukunan dalam masyarakat.

“Peraduan dalam konteks kemajmukan masyarakat di Malaysia terus direalisasikan menerusi sikap dan amalan saling hormat-menghormati terhadap tatacara kepercayaan setiap ajaran agama masing-masing.

“Keharmonian dalam bernegara adalah kunci perpaduan, keamanan jua kemakmuran negara,” katanya.

Terdahulu, Luqman menerusi satu kenyataan melarang umat Islam daripada terlibat menyertai ritual peraaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam.

Bagaimanapun katanya, ini tidak bermaksud menghalang berbuat baik dan saling menghormati kepada sesama manusia tanpa mengira pegangan dan kepercayaan yang menjadi perkara asas dalam ajaran Islam.

Justeru, beliau menggesa umat Islam supaya berterus-terang dengan kepercayaan dan amalan Islam dalam hubungan dengan bukan Islam, bertoleransi dengan kepercayaan dan amalan penganut agama lain.

“Mengelak dari terlibat dengan aktiviti berkaitan dengan kepercayaan dan ritual agama lain tidak sesekali berimplikasi kurangnya hormat kepada kebebasan beragama penganut agama lain atau menjejaskan tahap kesepaduan antara rakyat.

“Umat Islam digesa agar mematuhi prinsip ini dengan memahami sempadan dalam interaksi antara Islam dan bukan Islam serta kewajiban berbuat baik sesama manusia. Dalam membina perpaduan dan masyarakat madani dalam negara ini adalah perlu prinsip ini difahami dengan sebaiknya. - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

AJK Masjid, Surau Perlu Laksana Pelbagai Aktiviti Tarik Kehadiran Jemaah - Dr Mohd Na'im

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Bantu Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy Dalam Aspek Pembangunan - Gobind

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek