web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengurangan Peruntukan: Ahli Parlimen Perlu Maksimum Sumber Bantu Penduduk - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 9:00AM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap Ahli Parlimen perlu mengamalkan sikap berhemah, selain memaksimumkan segala sumber yang ada untuk menyantuni keperluan rakyat di kawasan masing-masing, di sebalik pengurangan peruntukan kerajaan kepada mereka.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, antara pendekatan boleh dilaksanakan adalad Ahli Parlimen terbabit boleh berusaha mendapatkan bantuan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada rakan korporat.

“Dalam keadaan ekonomi dan kekangan kewangan yang ada ini, setiap Ahli Parlimen perlu mengambil tanggungjawab supaya dapat menyantuni warga setempat di kawasan mereka.

“Apa yang penting pastikan kebajikan rakyat itu sentiasa terbela,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri konsert Muzika Ekstravaganza di Angkasapuri di sini, malam tadi yang turut dihadiri Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura, Josephine Teo.

Semalam, media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengesahkan, terdapat pengurangan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta, bertujuan mengawal kewangan negara dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Fahmi menyifatkan langkah pengurangan itu bertepatan dengan situasi ekonomi ketika ini, selain memperlihat kebijakan Perdana Menteri dalam menangani kekangan kewangan.

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya Perdana Menteri akan menilai semula perkara berkaitan pengurangan peruntukan kepada Ahli Parlimen itu apabila tiba masa sesuai.

Ditanya mengenai harapan kementeriannya dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini, Fahmi berkata, pihaknya sudah mengajukan beberapa cadangan tambahan dan perubahan ingin dilakukan.

“Apa pun kita ambil maklum keadaan ekonomi sekarang, terutama daripada segi keadaan kewangan dan bebanan hutang kerajaan, maka program akan kita atur ini, kita harap dapat memberi impak tinggi, terutama untuk membantu menjana ekonomi negara,” katanya. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad