web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah Di Kelantan Ditutup Sehingga Aidilfitri - JPN

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 3:19PM

Pengawal keselamatan Zambri Omar menutup pintu pagar sekolah yang diarah tutup ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Enggang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Penutupan semua sekolah di Kelantan dilanjutkan sehingga Aidilfitri susulan kes COVID-19 yang masih tinggi di seluruh negeri, kata Jabatan Pendidikan Negeri hari ini.

Pengarahnya, Zulkernai Fauzi berkata, penutupan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan itu akan mula berkuatkuasa 3 Mei ini.

“Pada 16 hingga 27 Mei, sesi persekolahan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Semua sekolah akan bercuti pertengahan tahun bermula 28 Mei hingga 12 Jun dan dibuka semula pada 13 Jun,” katanya.

Zulkernai turut memohon kerjasama semua pegawai pendidikan daerah memastikan guru- guru melaksanakan PdPR dalam tempoh penutupan sekolah.

“Pada masa yang sama, Pegawai Pendidikan Daerah hendaklah membuat pemantauan di semua sekolah bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan dipatuhi,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, penutupan semua sekolah dilanjutkan sehingga 1 Mei bagi membendung penularan COVID-19.

Semalam, sebanyak 401 kes baharu COVID-19 direkodkan di Kelantan menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 adalah sebanyak 13,368. 

Terdapat dua kluster baharu direkodkan iaitu Kluster Batu Lada dan Kluster Pemanok manakala jumlah kematian direkodkan sebanyak empat kes. – Getaran, 30 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad