web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Negeri Terbaharu Dilanda Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 11:04AM

Setakat jam 2 pagi tadi, sebuah PPS dibuka di Dewan Komuniti Kubang Menerong, SPU yang menempatkan 38 orang daripada sembilan keluarga. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan dua pusat penempatan sementara (PPS) dibuka melibatkan daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS), susulan hujan lebat lebih dua jam di beberapa kawasan bermula kira-kira 3.30 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh berkata, setakat pukul 2 pagi tadi, sebuah PPS dibuka di Dewan Komuniti Kubang Menerong, SPU yang menempatkan 38 orang daripada sembilan keluarga.

Manakala, katanya, di daerah SPS, 21 orang daripada lapan keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bakap Indah.

“Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak 3.30 petang hingga 6.30 petang semalam, menyebabkan puluhan rumah, terutama di daerah SPU dan SPS dilanda banjir. Keadaan ini diburukkan lagi dengan air laut pasang besar.

“Kebanyakan rumah dinaiki air hingga paras 0.6 meter, namun beberapa kawasan kembali surut malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Kedah dan Sarawak menunjukkan peningkatan, manakala bilangan mangsa di Johor dan Sabah mencatatkan penurunan pagi ini, berbanding malam tadi.

Di KEDAH, pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Abdul Rahim Khairuddin berkata, jumlah mangsa banjir dipindahkan ekoran banjir kilat di Relau, Bandar Baharu meningkat kepada 35 mangsa daripada 11 keluarga pagi ini, berbanding 14 mangsa daripada tujuh keluarga, semalam dengan kesemua mereka ditempatkan di satu PPS iaitu SK Relau yang dibuka sejak 7 malam semalam.

“Hujan lebat selama dua jam petang semalam menyebabkan tiga kampung terjejas, iaitu Kampung Kilang Batu, Kampung 300 Kaki dan Kampung Tengah. Keadaan cuaca hari ini adalah baik dan banjir mulai surut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, jumlah mangsa banjir di kawasan Serian meningkat kepada 193 orang pagi ini, berbanding 180 orang malam tadi yang ditempatkan di PPS SK St Peter dan Dewan Kampung Mundai.

Di JOHOR, JPBN memaklumkan jumlah mangsa di PPS terus menurun kepada 821 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 846 orang pada 8 malam tadi yang ditempatkan di enam PPS, iaitu satu di Segamat dan lima di Batu Pahat.

Jumlah mangsa di daerah Batu Pahat yang mengalami ‘banjir termenung’ adalah seramai 795 orang daripada 225 keluarga, manakala di Segamat 26 orang daripada sembilan keluarga.

Di SABAH, Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh PPS berkurangan kepada 298 orang daripada 85 keluarga pagi ini, berbanding 452 orang daripada 137 keluarga malam tadi. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek