web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Kelulusan Untuk Pembersihan Tanah ERCL Di Hutan Simpan - Amirudin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 10:09PM

Amirudin Shari berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat perkara itu selepas laporan polis dibuat pada Disember lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan China Communications Construction Company (CCCC) (M) Sdn Bhd adalah syarikat di sebalik kerja pembersihan tanah di kawasan hutan simpan negeri itu.

Menurut beliau, aktiviti itu dikatakan sebahagian daripada urusan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Katanya, CCCC telah memperoleh permit untuk membersihkan tanah yang diperuntukkan untuk jalan sepanjang 2.3 kilometer (km) yang akan dibina untuk ‘kemudahan masuk’, tetapi kerja pembinaan dimulakan ‘tanpa kelulusan’.

Amirudin berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat perkara itu selepas laporan polis dibuat pada Disember lalu.

“Ada permit jalan dikeluarkan kepada CCCC bagi tujuan membina jalan menuju kemudahan kemasukan bagi projek ECRL seluas 2.3km (1.8 hektar).

“CCCC memulakan kerja tanpa kelulusan dan tindakan penguatkuasaan telah diambil pada Disember 2022,” katanya seperti dilaporkan Malay Mail, hari ini.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak bagaimanapun tidak menyebut sama ada siasatan menyebabkan syarikat itu dihukum atau jika ia diberikan perintah berhenti kerja.

Semalam, The Vibes melaporkan sebuah badan pemantau alam sekitar, Rimba Disclosure Project (RDP) meluahkan kebimbangan mengenai pembersihan tanah di hutan simpan Selangor.

RDP merujuk kepada laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bertajuk Projek Rel Pantai Timur C2 Gombak-Sedinding-Pelabuhan Klang yang masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (DoE).

Jurucakap CCCC selepas itu memberitahu The Vibes bahawa syarikat itu telah memperoleh semua kelulusan dan permit yang diperlukan daripada pihak berkuasa berkaitan untuk meneruskan projek berkenaan.

Pada 21 Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kos keseluruhan untuk menyiapkan projek ECRL kini berjumlah RM74.96 bilion, iaitu RM11.01 bilion lebih rendah daripada harga yang ditetapkan.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan projek pembinaan sistem rel sepanjang 665 km dari Kota Baru di Kelantan ke Pelabuhan Klang di Selangor.

Katanya, ia akan melibatkan pengurangan kos yang tidak akan membawa banyak perubahan bagi mengelak penangguhan dan merumitkan kerja serta rundingan sedia ada.

Jumlah kos pembangunan asal (TDC) projek itu ketika dilancarkan pada 2017 berjumlah RM85.97 bilion.

Kementerian Pengangkutan menjelaskan pada 22 Disember lalu bahawa penjimatan dalam TDC disumbangkan oleh antara lain, jajaran landasan di Seksyen C melibatkan jajaran Temerloh, Sedinding-Pelabuhan Klang.

Ujarnya lagi, projek itu sudah dinaik taraf untuk perkhidmatan penumpang dan kargo. – The Vibes, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad