web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cubaan Sindiket Judi Suap Polis RM30,000 Terima Padah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 12:06PM

Lapan individu ditahan kerana terlibat dalam sindiket judi atas talian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cubaan anggota sindiket judi atas talian memberi suapan kepada polis sebanyak RM30,000 dalam usaha melepaskan rakan mereka yang ditahan gagal apabila turut diberkas, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuat serbuan di sebuah apartment di Jalan Changkat Perak, di sini.

Seramai lapan individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan bersama lima lelaki warganegara China berusia antara 27 hingga 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata ketika serbuan dijalankan, pihaknya didatangi oleh empat lelaki yang memperkenalkan diri sebagai rakan kepada semua tangkapan.

Katanya, individu terbabit hadir untuk menawarkan wang sebanyak RM30,000 bagi membebaskan kesemua lapan orang tangkapan.

“Bagaimanapun, pasukan JSJ IPD Dang Wangi menolak tawaran berkenaan dan memberikan amaran kepada mereka untuk tidak mengganggu operasi.

“Amaran itu bagaimanapun tidak diendahkan, sebaliknya polis terus ditawarkan wang bagi membebaskan rakan mereka. Tindakan itu mengakibatkan keempat-empat individu terbabit turut ditahan,” katanya kepada media.

Mohamad Zainal berkata, polis juga merampas wang sebanyak RM30,000 yang diletakkan di dalam beg kertas dan beg silang dibawa suspek terbabit.

“Keempat-empat suspek terbabit akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan cubaan merasuah pihak polis,” katanya.

Pada operasi sama, Mohamad Zainal berkata, pasukan serbuan turut menyerbu dua lagi unit lain di lokasi sama pada jam 4 pagi sebelum menahan empat lelaki warganegara China berusia 26 hingga 27 tahun.

“Dalam semua serbuan terbabit, pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian dirampas bersama wang tunai bernilai lebih RM4,000,” katanya.

Semua 12 suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 [Akta 289] dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155]. – Getaran, 30 April 2021
 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad