web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rakyat Boleh Nilai Merit, Kelayakan Nurul Izzah - Khairuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 7:00AM

Nurul Izzah - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat boleh menilai merit dan kelayakan yang ada pada mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar untuk memegang jawatan di peringkat kerajaan menerusi latar belakang akademik dan prestasinya di Parlimen.

Mantan pemimpin PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, berdasarkan pengalaman, Nurul Izzah pernah menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal sejak 2008 selain menggalas tugas sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). 

Menurut Mohd Khairuddin, Nurul Izzah, yang sinonim dengan jolokan 'Puteri Reformasi' itu juga memiliki kelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Hubungan Antarabangsa. 

“Justeru, saya tidak melihat sebarang kewajaran bagi menidakkan hak beliau untuk dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri. 

“Apatah lagi apabila jawatan tersebut disandang tanpa gaji. Ia menidakkan konflik kepentingan kebendaan yang mahu dilimpahkan kepada Nurul Izzah sebagai anak Perdana Menteri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas beliau, sekiranya isu nepotisme dibangkitkan, ia menjadi cacat jika mereka yang ada hubungan keluarga dilantik tanpa merit dan kelayakan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengesahkan Nurul Izzah yang juga anak sulungnya, dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan beliau.

Anwar berkata, beliau mempelawa anaknya itu untuk jawatan tersebut bagi membantunya di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Begitupun jelas Perdana Menteri, Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun untuk apa sahaja tugasan dilakukan di bawah portfolio terbabit. - Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja