web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Perkenal Logo Malaysia Madani

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 6:04PM

Logo konsep Malaysia Madani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memperkenalkan logo konsep Malaysia Madani termasuk memperincikan maksud di sebalik reka bentuk dan warnanya.

Berdasarkan logo yang dikongsinya di Facebook, reka bentuk lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara iaitu asas ideologi Malaysia.

Anwar Ibrahim berkata, Malaysia Madani merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi
Anwar Ibrahim berkata, Malaysia Madani merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi

Selain itu, bentuk bulatan berwarna biru di bawah lima jari berkenaan menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Bagi bentuk bulan sabit yang berada di dalam bulatan itu, ia menandakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Bintang berbucu 14 dalam bulatan itu pula menggambarkan perpaduan dalam kalangan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.

“Saya mengusulkan Malaysia Madani sebagai jalan ke depan untuk Malaysia serta masyarakatnya yang rencam kaum dan budaya.

“Kita pastinya berusaha agar nilai-nilai ini digerak serta dilaksana sebaiknya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Dalam hantaran itu juga, Anwar turut memaklumkan, warna biru pada logo terbabit mewakili kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan.

Sementara itu, warna kuning pula melambangkan nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan manakala warna putih mencerminkan keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni.

Mengulas lanjut Anwar berkata, Malaysia Madani merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi.

“Malaysia Madani bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

“Kerangka Malaysia Madani menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan,” katanya.

Anwar sebelum ini memperkenalkan konsep Malaysia Madani sebagai langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. - Getaran, 2 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 23 jam yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar