web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Lantik Nurul Izzah Bantu Tugas: Ramai Angkat 'Bendera Merah'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 12:25PM

Hassan yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang meminta Anwar Ibrahim mempertimbangkan keputusan melantik Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Perdana Menteri melantik mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang juga anak sulungnya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan, didakwa menyebabkan banyak pihak mengangkat ‘bendera merah’ sebagai tanda amaran dan bahaya. 

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berfikir dan mempertimbangkan semula keputusan tersebut, bagi mengelakkan isu terbabit menjadi lebih buruk pada masa akan datang.

Menurutnya, keperibadian Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam melaksanakan amanah dan intergiriti berkaitan kewangan serta ekonomi adalah terpuji, namun rakyat menuntut sistem pentadbiran telus dan berintegriti. 

Hassan Abdul Karim
Hassan Abdul Karim

“Perkara ini adalah intipati perjuangan reformasi pentadbiran diperjuangkan Anwar berserta ratusan ribu penyokongnya di seluruh negara selama ini.

“Benarlah ini satu cabaran. Perjuangan reformasi berliku-liku dan kadang-kadang berlengkang-lengkok selama hampir suku abad ini yang dipimpin Perdana Menteri ke-10 kita ini, sudah sampai masanya untuk diluruskan kembali,” katanya menerusi kenyataan. 

Justeru, Hassan mengharapkan Anwar terbuka untuk membetulkan semula tindakannya berhubung pelantikan Nurul Izzah, berikutan rakyat mengharapkan agar beliau ‘memperbaiki’ negara tanpa melakukan perbuatan yang mengundang penolakan orang ramai terhadap kerajaan. 

“Kalau ada perlu diperbetulkan, betulkanlah sebelum terlambat atau melarat-larat yang besar padah dan mudaratnya. Kita tidak mahu itu berlaku.

“Gading mana yang tak retak. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitu juga, pemimpin mana tidak berbuat silap, sama ada kecil ataupun besar,” katanya. 

Terdahulu, Nurul Izzah memaklumkan beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lalu, malah ia disahkan Anwar.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau mempelawa anaknya untuk memegang jawatan tersebut bagi membantunya di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, beliau berkata, Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun untuk tugasan dilakukan di bawah portfolio terbabit.

Dalam pada itu, Hassan berkata, rakyat sebelum ini memberi peluang apabila Anwar melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurutnya, rakyat sekali lagi menutup mata dan bersangka baik apabila Anwar melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan kerana percaya kepada tokoh reformasi itu.

“Kesangsian mengenai bahayanya jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipegang orang sama, semakin kurang kedengaran apabila Anwar mengambil beberapa langkah meyakinkan untuk menjaga kewangan serta ekonomi negara.

“Namun, apabila Anwar melantik anaknya sendiri menjadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya sebagai Perdana Menteri, banyak pihak sudah mengangkat bendera merah tanda bahaya,” katanya. - Getaran, 1 Febuari 2023.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad