web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hutang Negara: Kita Perlu Bantuan, Nurul Izzah Lakukan Tanpa Gaji - Kulasegaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 8:52PM

M Kulasegaran - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perpaduan memerlukan bantuan mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar untuk merangka kaedah terbaik bagi menyelesaikan beban hutang negara.

Mantan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, hutang negara termasuk liabiliti yang ditinggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjumlah RM1.5 trilion.

“(Jumlah) Itu sangat besar dan kita memerlukan semua bantuan yang kita dapat,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Justeru, Ahli Parlimen Ipoh Barat itu menggesa semua pihak agar menyokong keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Nurul Izzah yang ikhlas mahu membantu kerajaan menangani masalah tersebut.

“Nurul Izzah melakukan ini tanpa sebarang gaji, marilah kita menyokong kerajaan dalam menghapuskan bencana yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Terdahulu, Nurul Izzah mendedahkan bahawa beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri sejak 3 Januari lalu, sekali gus menjadi isu hangat diperkatakan di media sosial ketika ini.

Bagaimanapun beberapa pihak termasuk pemimpin Pakatan Harapan turut tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut kerana menyifatkan ia sebagai satu bentuk amalan nepotisme yang tidak sihat.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim antara pemimpin PKR yang menegur tindakan Perdana Menteri berhubung pelantikan anak sulungnya itu.

Menurut beliau, tindakan itu tidak menyalahi undang-undang tetapi bercanggah dari segi moral.

Sementara itu, Pusat Pendidikan Pasaran (CME) juga menyuarakan kebimbangan mengenai pelantikan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Carmelo Ferlito berkata, ia jelas menunjukkan kesinambungan beberapa siri tindakan yang bertentangan dengan tuntutan reformasi masa lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, portfolio penasihat ekonomi memerlukan seseorang dengan latar belakang yang sesuai memandangkan ia bukan kedudukan politik.

“Nurul Izzah belajar kejuruteraan dan hubungan antarabangsa dan tidak memiliki apa-apa latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan. Walaupun ia tidak diperlukan untuk peranan politik utama seperti menteri, ia harus menjadi satu kemestian bagi penasihat dan kaunselor,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

2

Politik 3 tahun yang lalu

Tanding PRN Pulau Pinang? Ini Respons Nurul Izzah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Saya Bukan Lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM - Nurul Izzah

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Nurul Izzah Sepatutnya Lapor Tugasan Kepada Ketua Penasihat Kewangan, Bukannya Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad