web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Mahu Malaysia Jadi ‘Nadi’ Keselamatan Makanan Singapura

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 3:14PM

Anwar berucap pada Jamuan Makan Tengahari pada sambutan rasmi oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Istana hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang meninjau peluang untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat keselamatan makanan bagi Singapura.

Dalam ucapan ringkas kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong semasa jamuan makan tengah hari rasmi yang dihoskan di Istana, Anwar berkata, ini adalah perkara yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Saya ingin merujuk kepada fakta bahawa perbincangan kami (sebelum ini) bukanlah klise diplomatik biasa. Terdapat isu-isu tertunggak dan hubungan dua hala harus dipertingkatkan. Kita mesti cuba melakukan yang terbaik untuk meningkatkan hubungan kita dan bekerjasama untuk manfaat kedua-dua negara.

“Dengan Presiden Halimah Yaacob yang akan melawat (Malaysia) tidak lama lagi, kita boleh meningkatkan lagi hubungan dua hala. Terdapat juga beberapa isu yang perlu kita fokuskan.

“Mengenai keselamatan makanan, ini adalah bidang yang kami ingin meminta sokongan Singapura untuk menggunakan Malaysia sebagai nadi (untuk makanan) yang membawa manfaat kepada Malaysia dan Singapura,” kata Anwar.

Hsien Loong, sebagai tuan rumah menyuarakan rasa gembira melihat kedua-dua negara jiran sedang bekerjasama rapat untuk memajukan hubungan dua hala dan memberi manfaat bersama kedua-dua negara.

Beliau menyifatkan perbincangannya dengan Anwar sebagai “membuahkan hasil”, terutamanya mengenai isu-isu tertunggak.

“Kami juga menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman (MoU) yang akan menggalakkan kerjasama dalam bidang baharu dan baru muncul, khususnya mengenai ekonomi digital dan hijau, dan keselamatan siber.

“Sebagai kawan rapat dan jiran, takdir Singapura dan Malaysia saling berkait. Apabila kita bekerjasama secara konstruktif, kita menghasilkan situasi menang-menang dengan faedah ketara untuk rakyat dan perniagaan kita.

“Saya yakin dengan sokongan Perdana Menteri Anwar, hubungan Singapura-Malaysia boleh mencapai tahap yang lebih tinggi,” kata Hsien Loong.

Ahli Parlimen Tambun itu telah tiba awal hari ini untuk lawatan rasmi pertamanya ke Singapura selama sehari.

Beliau diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan delegasi pegawai termasuk Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil , Premier Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Johari Openg dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad