Berita Terkini

5 jam yang lalu: 55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi kemudahan gentian optik 'Point of Presence' (PoP) 5 jam yang lalu: Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China 5 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang berkaitan kesalahan menghendap 5 jam yang lalu: TPM Ahmad Zahid sahkan Sulaiman Md Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka 5 jam yang lalu: Ahmad Zahid akan menghadap TYT Negeri Melaka untuk persembah nama calon Ketua Menteri baharu

IKUTI KAMI


Zambry Yakin Isu Dua Hala Malaysia-Singapura Dapat Terus Dibincang Dalam Konteks Konstruktif

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 9:03AM

Zambry Abdul Kadir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yakin isu-isu dua hala melibatkan Malaysia dan Singapura akan dapat terus dibincangkan dalam “konteks yang konstruktif dan secara produktif.”

 Ianya sangat penting untuk kedua-dua negara mengadakan sesi perbincangan atau ‘negotiation’ (rundingan) yang boleh memberikan keputusan yang baik “bukan untuk sebelah pihak tetapi kedua-dua belah pihak.”

Zambry berkata demikian ketika ditemui media Malaysia di sesi ‘Meet and Greet’ lewat malam tadi sejurus melakukan pertemuan bersama rakan sejawatnya di Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Beliau berada di Singapura sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik ini hari ini. Anwar dijangka tiba sekitar 9.30 pagi.

Menurut Zambry pertemuan beliau dan Balakrishnan adalah bagi membincangkan perkara-perkara  yang berkaitan dengan hubungan dua hala dan juga persiapan awal untuk kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan pada hari ini.

“Kami turut berbincang beberapa hal yang berkaitan dengan isu-isu yang melibatkan kedua-dua negara yang memerlukan persefahaman bersama untuk kita selesaikan.

“Daripada segi isunya tidaklah begitu banyak yang memerlukan langkah-langkah segera untuk kita selesaikan, namun ia melibatkan beberapa perkara penting untuk dilihat secara bersama dan membuat keputusan bersama,” katanya.

Antara isu berkaitan termasuklah ‘Maritime Boundary Delimitation’, ‘Flight Information Region’ dan juga melibatkan beberapa hal lain daripada segi perjanjian bersama yang telah dibuat selama ini.

Menteri itu berkata Malaysia dan Singapura selama ini mempunyai persamaan dan harapan sama untuk melihat rantau ini berada dalam keadaan yang baik.

“Dalam erti kata lain perbincangan atau ‘negotiation’ (rundingan) begini perlulah diteruskan atas semangat hubungan kejiranan yang baik dengan niat yang baik dan matlamat yang benar-benar baik ataupun ‘genuine desire’ untuk kita selesaikan  pelbagai isu.

“Ia supaya setiap perkara yang dibincangkan itu tidak akan menyebelahi satu pihak sahaja tetapi ia hendaklah dapat mencapai satu keputusan secara menang-menang dan yang akan boleh membawa hasil daripada keputusan yang dibuat itu untuk kita melangkah ke hadapan secara lebih baik di masa akan datang,” jelasnya.

Malaysia, katanya, mengharapkan sebarang bentuk perbincangan atau ‘negotiation’ yang dibuat kelak tidak akan bersifat ‘zero sum game’.

“Kita ingin mendapatkan keputusan yang benar-benar konstruktif. Ini juga melibatkan hal yang berkaitan dengan sempadan laut yang selama ini mungkin menjadi isu dan juga perhatian di peringkat Malaysia,” katanya.

Dalam rangka lawatan satu hari pada hari ini, jadual padat menunggu perdana menteri yang turut dijangka melakukan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya Lee Hsien Loong di Istana. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

2

Semasa 12 jam yang lalu

PM Umum 4 Inisiatif Tambahan Belanjawan 2023

3

Semasa 14 jam yang lalu

Lawatan Anwar Ke China Untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala - Zambry

4

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan Dalam Siasatan SPRM Terhadap Mohd Nazlan

Sorotan

1

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ibu Bapa Tidak Perlu Risau Lagi, Astro Baharu Dilengkapi Dengan Fitur Yang Selamat Untuk Tontonan Kanak-Kanak 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

SPRM Teliti Dakwaan Kempen PRU-15 PN Dibiayai Syarikat Perjudian

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 1 hari yang lalu

PM Cadang Badan Bebas Siasat Aduan, Salah Laku Badan Penguatkuasaan

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Mengaku Mengemis Untuk Sara Isteri Sakit, Demi Sesuap Nasi

oleh Wartawan Getaran