web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganjur Perlu Timbangkan Lokasi Sesuai Untuk Anjurkan Konsert - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 7:06AM

Fahmi Fadzil juga berkata beliau menghadiri taklimat PUSPAL yang merupakan agensi bertanggungjawab untuk memberi permit kemasukan artis-artis antarabangsa ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjur konsert di Malaysia harus melihat semula segala pertimbangan dalam mencari lokasi yang terbaik dan sesuai untuk mengadakan acara mereka di dalam negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. 

Beliau berkata sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert sebelum ini.

“… diharap, pada peringkat tertentu saya ingin mengajak semua penganjur dan  promoter untuk munculkan diri dan memberikan pandangan mengapa isu seperti ini tidak boleh diselesaikan,” katanya ketika ditanya berkenaan rungutan mereka yang pergi ke konsert mengenai lokasi sesuai untuk mengadakan pertunjukan.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui sebelum konsert AR Rahman - Secret of Success - Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga menghadiri konsert komposer muzik India pemenang Anugerah Oscar itu bersama Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B N Reddy.

Ditanya mengenai harapan beliau terhadap ulang tahun ke-30 kembara muzikal AR Rahman yang diadakan di Malaysia, Fahmi berkata ia merupakan satu permulaan yang baik kepada pihak berkuasa untuk melihat apa yang boleh mereka lakukan terutamanya dalam peraturan sedia ada.  

“Kami faham dalam rantau ini, ada beberapa premis yang menjadi lokasi di mana konsert mega seperti ini berlangsung.

Jadi, kami perlu melihat bagaimana konsert seperti ini membawa masuk pelancong … yang membawa kesan positif kepada ekonomi. 

Fahmi juga berkata beliau menghadiri taklimat Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang merupakan agensi bertanggungjawab untuk memberi permit kemasukan artis-artis antarabangsa ini.

“Justeru, kami mahu melihat apa yang kami boleh lakukan untuk memperkemaskan prosesnya untuk menjadikan ia lebih cepat dan lebih efisien serta dengan harapan boleh membawa masuk lebih banyak pelancong,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad