web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairy Bakal CEO JDT? ‘Satu Pintu Ditutup…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 10:18PM

Khairy Jamaluddin dalam foto bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang diulang siar (repost) beliau di Instagram miliknya, malam ini. - Gambar tangkap layar Instagram TMJ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – ‘Satu pintu ditutup, yang lain akan terbuka. Rezeki di tangan Allah’.

Itu kapsyen ringkas ditulis mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam foto bersama pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang diulang siar (repost) beliau di Instagram miliknya, malam ini.

Terdahulu, Tunku Ismail memuatnaik foto tersebut yang dipercayai diambil di Stadium Sultan Ibrahim menerusi Instagram baginda, sekali gus memberi bayangan bahawa Khairy ditawarkan jawatan tertinggi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT pada masa hadapan.

“Bakal CEO JDT dan penasihat belia Johor,” tulisnya pada gambar tersebut.

Tunku Ismail turut mengulang siar perkongsian Khairy mengenai perkara itu dengan kapsyen berbunyi ‘kepada Allah berserah’.

Hantaran terbaharu itu sedikit sebanyak menghangatkan lagi suasana politik tanah air, selepas Khairy yang juga mantan Ahli Parlimen Rembau dipecat daripada UMNO, malam tadi.

Bagaimanapun tidak mustahil jika tawaran Tunku Ismail itu menjadi kenyataan kerana umum mengetahui Khairy pernah mengemudi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), selain merekodkan prestasi cemerlang semasa bersama Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam, memecat Khairy dan mantan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, selain menggantung keahlian beberapa pemimpin serta ahli parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, Khairy dan Noh, yang juga mantan Pengerusi UMNO Selangor, dipecat kerana pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO akibat kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sejurus dipecat daripada UMNO, Khairy menyatakan beliau tidak kecewa atau tunduk dengan keputusan itu.

Malah katanya, beliau juga tidak terkesan dengan keputusan berkenaan.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.

“Unbowed (tidak tunduk), unbent (tidak terkesan), unbroken (tidak kecewa),” katanya menerusi ciapan di Twitter, malam tadi. – Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 14 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek