web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Import, Sekuriti Makanan Antara Fokus Belanjawan 2023 - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 3:07PM

Nilai import makanan yang tinggi dan isu sekuriti makanan merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nilai import makanan yang tinggi dan isu sekuriti makanan merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia akan turut menumpukan dalam memperkasa peranan syarikat besar dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negara ini. 

"Ia (syarikat-syarikat besar dan IKS) perlu tumpu dan diberi ruang tingkatkan teknologi dan digitalisasi supaya mampu bersaing dan memberi lebih banyak peluang pekerjaan," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini. 

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden ACCCIM Tan Sri Low Kian Chuan. 

Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pasukannya akan turut meneliti isu alam sekitar dan dasar-dasar ekonomi lebih jelas dan segar serta memberi manfaat kepada semua pihak. 

"Melihat kepada kedudukan semasa, pasca-COVID-19, kemelesetan ekonomi di Eropah, kesan perang Ukraine-Rusia yang menuntut kita untuk lebih berani memperkenalkan dasar-dasar yang boleh memberi manfaat kepada semua," katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata semua cadangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak berkepentingan termasuk ACCCIM akan diteliti dan diberi perhatian bagi membantu pembentangan belanjawan berkenaan. 

"Memorandum (dari ACCCIM) yang cukup tebal, banyak isu dibangkitkan. Tetapi membantu kita sebenarnya, dalam dialog yang diadakan baru-baru ini juga kita ambil kira beberapa pandangan dan insya-Allah dalam pembentangan Belanjawan (2023) hal ini akan diberi perhatian, " katanya. 

Anwar dijangka membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen pada 24 Feb. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan