web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Operasi Stesen LRT Bukit Jalil Lanjut Hingga 2 Pagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 10:21AM

Operasi Stesen LRT Bukit Jalil hari ini akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi esok, susulan penganjuran beberapa acara di Kompleks Sukan Negara - Gambar ihsan Rapid Rail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi Stesen LRT Bukit Jalil hari ini akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi esok, susulan penganjuran beberapa acara di Kompleks Sukan Negara.

Jurucakap Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) berkata, keputusan berkenaan diambil bagi menampung jumlah pengguna LRT yang dijangka meningkat.

Menurut beliau, keputusan tersebut turut melibatkan semua stesen sambungan.

“Serentak dengan ini, operasi semua stesen sambungan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir,” katanya.

Jurucakap itu berkata, operasi bas Rapid KL bagi laluan yang terpilih turut akan dilanjutkan sehingga jam 2.30 pagi.

“Laluan yang terlibat ialah Lebuh Ampang - Taman Jasa Utama, Lin Ho Jalan Lekiu - Desa Sri Hartamas, Lebuh Ampang - Stesen LRT Wangsa Maju , Hab Pasar Seni - Subang Suria Mah Sing, Hab Lebuh Pudu Via Bukit Bintang - Damai Perdana, Hab Lebuh Pudu - Hentian Kajang, Hab Lebuh Pudu - Bandar Sungai Long.

“Hab Pasar Seni - Puchong Utama, Hab Pasar Seni - Hab Bas Sri Manja, Batu 3 Jalan Klang Lama - Stesen LRT Awan Besar, TPM Via Stesen LRT Bukit Jalil - Stesen LRT Awan Besar, Bandar Sri Petaling - Stesen LRT Sri Petaling,” katanya.

Turut terlibat jelas beliau ialah laluan Lebuh Ampang - Hab Pandan Indah, Lebuh Ampang - Taman Mulia Jaya, Hab Pasar Seni - Tamgan Sri Muda, Bandar Teknologi Kajang - Stesen MRT Stadium Kajang, Subang Suria - Stesen MRT Kwasa Sentral, Bukit Rahman Putra - Stesen MRT Sungai Buloh, Kampung Paya Jaras Hilir - Stesen MRT Sungai Buloh dan Sutera Damansara - MRT Damansara Damai.

“Tren dari Putra Heights menghala ke Hang Tuah beroperasi seperti biasa, manakala penumpang dari Ampang yang ingin menghala ke Hang Tuah perlu menukar tren di Chan Sow Lin,” katanya.

Jelas jurucakap itu, penumpang juga dinasihatkan agar terus membeli token perjalanan pulang sebaik sahaja tiba di Bukit Jalil, atau menggunakan kad Touch ‘n Go. 

“Sila pastikan baki kad mencukupi. Keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami. 

“Anggota Polis Bantuan tambahan akan ditempatkan di semua stesen utama bagi mengawal pergerakan penumpang,” katanya. - Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 49 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad