web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Risau Jadi 'Banjir Termenung' Jejas Pendapatan Kebun Kelapa Sawit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 8:29PM

Banjir ‘termenung' boleh berlaku antara seminggu hingga dua minggu dan akan menambah kesukaran mereka untuk mengeluarkan hasil pertanian itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Penduduk di sekitar Kampung Sri Sejagong, Sri Medan, dekat sini, bimbang kembalinya banjir termenung di kawasan mereka selepas dilanda banjir, sejak Rabu lalu.

Seorang penduduk, Mahadi Misnon, 51, berkata kali terakhirberlaku banjir termenung ialah 18 tahun lepas yang turut dikhuatiri menjejaskan kebun kelapa sawit mereka yang menjadi punca pendapatan. 

Katanya, air banjir mula naik di kawasan kebun dan kediaman tiga hari lepas dan mendakwa ia dijangka semakin teruk kerana air banjir dari Labis, Segamat, mula menuju ke kawasan berkenaan.

“Air banjir yang mula memasuki kawasan kebun ini akan mengakibatkan kami mengalami kesukaran untuk memetik dan mengeluarkan buah kelapa sawit, selain dikhuatiri buah sawit akan rosak.

“Selain itu, pokok kelapa sawit ini juga dikhuatiri akan terjejas sekali gus akan menjejaskan pendapatan kam,“ katanya kepada Bernama ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Kampung Sri Sejagong, di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau menjangkakan banjir ‘termenung boleh berlaku antara seminggu hingga dua minggu dan akan menambah kesukaran mereka untuk mengeluarkan hasil pertanian itu.

Katanya, bagi penduduk sekitar, tanaman kelapa sawit merupakan pendapatan utama mereka dan tidak mempunyai pendapatan yang lain.

“Bagi kami buah kelapa sawit yang mampu dikeluarkan oleh pemilik kebun adalah sekitar tiga hingga empat tan untuk sekali tuai, yang boleh meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000,” katanya.

Setakat jam 4 petang tadi, mangsa banjir di Batu Pahat adalah seramai 205 orang daripada 56 keluarga. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Terpedaya Tawaran Tender Pajak Ladang, Pengarah Syarikat Kelapa Sawit Rugi RM1.03 Juta

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Bil Elektrik Tak Masuk Akal, TNB, Apa Sudah Jadi? — Netizen

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Keluarga Harap 'Adik' Pulang Ke Rumah Dengan Selamat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad