Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


9 Syor Wajar Dilaksana, Lindungi Wang Pendeposit TH ‘Lesap’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 7:00AM

Syor itu penting kerana pendeposit TH kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung kepada simpanan berkenaan untuk mengerjakan ibadah haji - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan syor yang diputuskan pada Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi menangani isu penipuan dalam talian membabitkan wang simpanan pendeposit agensi itu wajar dilaksanakan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, syor itu penting kerana pendeposit TH kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut beliau, golongan tersebut bergantung kepada simpanan berkenaan untuk mengerjakan ibadah haji, justeru jika wang itu ‘lesap’ maka harus ada pihak yang perlu bertanggungjawab.

“Kita tahu selama ini kaedah pengeluaran simpanan TH adalah secara konvensional, maksudnya kita berjumpa secara bersemuka untuk mengeluarkan wang simpanan, bukannya melalui atas talian.

“Namun begitu, kita tengok (sekarang ada) sistem pengeluaran wang dalam talian melalui bank perantara. (Dan saya melihat) banyak bank konvensional lain mempunyai sistem atau firewall yang cukup.

“Jadi dalam 'review' dengan pihak bank, Lembaga TH harus mempertahankan pendepositnya dan bank mesti memberi jaminan bahawa wang itu tidak akan boleh dicuri atau mesti dilindungi insurans mencukupi,” katanya kepada Getaran.

Terdahulu, Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan TH memutuskan sembilan syor bagi menangani isu penipuan dalam talian membabitkan agensi itu.

Menurut Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim yang mempengerusikan mesyuarat itu, antara syor berkenaan adalah pihak bank bertanggungjawab menentukan kaedah dan jumlah ganti rugi bagi kes penipuan dalam talian membabitkan TH.

Ini berikutan urusan pengeluaran wang simpanan akaun TH dibuat menggunakan perbankan konvensional dan bukan melalui TH.

Kes kehilangan wang semasa proses dan interaksi pengeluaran wang (debit) dalam akaun TH berpunca daripada syarat pengawasan perakaunan bank terbabit dibolosi, justeru ganti rugi kepada mangsa perlu diuruskan melalui polisi insurans perbankan berkenaan.

Mengulas lanjut, Rais berkata, mesyuarat turut menyarankan TH dan bank perantara meningkatkan aspek keselamatan bagi urusan perbankan dalam talian, selain syarat pengeluaran secara dalam talian diperketatkan.

Katanya, mesyuarat juga memutuskan bank perantara menyediakan laporan atau penyata ganti rugi kepada mangsa penipuan, supaya masalah rakyat ini dapat dipantau dari semasa ke semasa.

Untuk itu juga, katanya, mesyuarat memutuskan segala tindakan dan keputusan mesyuarat jawatankuasa terbabit, diusulkan dalam sidang Dewan Negara akan datang supaya isu dan permasalahan dihadapi rakyat mendapat perhatian sewajarnya.

Selain itu, beliau berkata, TH perlu memberi peluang kepada pendeposit untuk membuat pilihan, sama ada urusan simpanan dan pengeluaran dibuat secara manual atau dalam talian.

Ujarnya lagi, TH dan media turut disyor memperhebatkan kempen kesedaran penipuan dalam talian kepada masyarakat menerusi media sosial, cetak dan penyiaran.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi turut bersetuju pihak bank perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehilangan wang pendeposit.

Tegas beliau, bank tidak boleh bertindak 'mencuci tangan', sebaliknya perlu menyiasat kes kehilangan wang itu dengan sewajarnya.

Shamsudin berkata, pihaknya pernah mencadangkan pada 2013 agar sistem biometrik digunakan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kerana scammer memerlukan akaun pihak ketiga atau keldai akaun dalam modus operandi mereka.

“Salah satu sebab untuk mengelakkan kes penipuan ini adalah untuk melaksanakan sistem biometrik di mesin ATM. Bank juga mengakui sistem biometrik ini secara tidak langsung adalah baik memandangkan mereka menggunakan pengeluaran biometrik di kaunter.

“Difahamkan juga terdapat bank di luar negara yang menggunakan sistem biometrik di mesin ATM mereka. Jadi kami harap bank boleh mendengar pandangan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya. - Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

2 bulan yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Abdul Rashid Hussain Dilantik Pengerusi Lembaga TH 

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penyerahan Semula Aset TH Bukti Komitmen Kerajaan - Dr Mohd Na'im

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket