web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Punca Tercetusnya Kluster Pendidikan?

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 8:30AM

Dr Anuar Ahmad - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lonjakan kes harian baharu COVID-19 mencecah ribuan sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan apabila wujud kluster pendidikan yang dikesan dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi pendidikan.

Situasi semakin merimaskan apabila ada segelintir pihak mula menunding jari antara satu sama lain.

Tampil memberikan pandangan, Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Dr Anuar Ahmad berkata, kluster pendidikan tersebut tercetus disebabkan dua faktor, antaranya  pengurusan sekolah dan guru yang tidak patuh pada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Mungkin di dalam sekolah kepatuhan mereka pada SOP adalah tinggi tetapi bagaimana di dalam kehidupan seharian mereka di luar sekolah?

“Sebagai barisan hadapan, guru perlu sedar bahawa risiko kebolehjangkitan yang mereka mampu sebarkan pada murid-murid dan guru lain adalah sangat tinggi, kerana tahap interaksi terlalu banyak di dalam satu ruang terhad dan masa pula panjang, khususnya ketika berada dalam bilik darjah.

“Soalnya adakah Kementerian Pelajaran Malaysia KPM telah sediakan manual SOP yang khusus untuk  para guru sebagai barisan hadapan?” katanya kepada Getaran.

Anuar menarik perhatian, penyebab kedua adalah melibatkan ibubapa atau penjaga itu sendiri.

“Mereka adalah pihak yang sebenarnya bertanggungjawab penuh kepada pematuhan SOP dalam keluarga mereka semasa di rumah. Mereka perlu tahu ke mana ahli keluarga pergi sepanjang hari? Dengan siapa ahli keluarga mereka berkawan dan berdampingan? Ini semua perlu diketahui.

“Jika ada anak-anak yang tidak sihat, atau jika ada ahli keluarga yang dikategorikan sebagai kontak rapat, sepatutnya anak-anak tidak dibenarkan ke sekolah. Malah ibubapa perlu sedar risiko yang akan berlaku jika mereka terus menghantar anak-anak mereka,” katanya lagi.

Dari sisi lain beliau berkata, anak-anak bukanlah penyebab kluster di sekolah, kerana mereka tertakluk kepada penjagaan individu lebih dewasa.

“Tetapi disebabkan segelintir penjaga dan ibubapa serta pendidik yang tidak mengikuti SOP, habis semua terlibat, umpama kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga,” tambahnya, kesal.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini melaporkan, 23,779 murid berumur 12 tahun ke bawa positif COVID-19 sepanjang empat bulan lalu, bermula Januari  2021 sehingga April.

Angka ini didapati jauh lebih tinggi berbanding sepanjang tahun 2020, iaitu seramai 8,369 murid.

Secara purata, hampir 6 ribu murid  dijangkiti virus COVID 19 pada setiap bulan sejak Januari 2021 yang lalu.

Pada Isnin lalu, KPM mengarahkan 79 buah sekolah ditutup selama dua hari di Selangor, 20 di Pulau Pinang, lima di Negeri Sembilan dan beberapa lain di Johor.

Arahan lebih serius dikeluarkan di Kelantan, apabila semua sekolah ditutup sehingga 1 Mei ini.

Dalam perkembangan lain Anuar berkata, penutupan sekolah secara besar-besaran akan menjejaskan pembelajaran murid-murid.

“Walaupun akan dilaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), hasil itu tidak akan sama seperti pembelajaran bersemuka di sekolah. 

“Pasti ramai murid-murid akan keciciran pembelajaran mereka bila sekolah ditutup.

Katanya lagi, pelaksanaan PdPR dalam keadaan tiada kemudahan Internet dan peranti tak ubah bagai melepas batok di tangga.

“Takkan ada yang boleh menandingi hasil dari pembelajaran secara bersemuka. Tengoklah nanti,” katanya. - Getaran, 29 April 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekolah Di Pulau Pinang Dibenarkan PDPR Sepanjang Gangguan Bekalan Air

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad