web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


20 Pejabat Pengeluar Pasport Beroperasi Setiap Hari Mulai Jumaat - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 9:02AM

Saifuddin Nasution menambah mesin pencetak pasport di pejabat yang sesak dan mempunyai kadar pengunjung tinggi juga akan ditambah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 Pejabat Pengeluar Pasport selain daripada Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi tujuh hari seminggu bermula Jumaat ini sebagai antara usaha mengatasi kesesakan di kaunter Imigresen.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selain itu, mesin pencetak pasport di pejabat yang sesak dan mempunyai kadar pengunjung tinggi juga akan ditambah.

Selain itu, katanya pejabat pasport Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) akan turut beroperasi sebagai Pejabat Pengeluar Pasport bagi kes segera dan kecemasan selain daripada permohonan biasa.

“Langkah awal lain yang turut diambil adalah penambahbaikan sistem temu janji dalam talian yang akan diberi tarikh dan masa berserta nombor giliran,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi beliau di sini malam tadi.

Menurut Saifuddin Nasution semua langkah awal bagi mengatasi kesesakan di kaunter Imigresen itu diputuskan pada mesyuarat khas petang tadi.

Mengenai isu kesesakan melibatkan pelawat asing di KLIA, Saifuddin Nasution berkata ia berpunca daripada ketibaan kira-kira 20 hingga 26 pesawat secara serentak dalam jarak masa antara lima hingga 10 minit ketika waktu puncak.

Katanya pemeriksaan berdasarkan prosedur yang ditetapkan bagi memastikan pelancong asing tulen yang memenuhi syarat Pas Lawatan Sosial sahaja dibenarkan masuk, juga antara faktor kesesakan itu berlaku.

Sehubungan itu, Saifuddin Nasution berkata kerajaan akan mengkaji perluasan penggunaan pagar automatik (autogate) kepada pelawat dari 10 negara berisiko rendah selain mewujudkan dua kumpulan ‘Quick Response Team’ (QRT) yang mula beroperasi 1 Februari bagi membantu pegawai di kaunter semasa waktu puncak.

“Saya menghargai peranan pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang memberikan komitmen dalam tugasan ini dan saya mengalu-alukan cadangan serta pandangan masyarakat bagi mencari jalan keluar agar isu ini tidak dibiarkan berterusan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad