web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siasatan Sudah Dijalankan, Kedai Serbaneka Tular Diberi Notis, Amaran Keras

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 5:04PM

KKM melalui BKKM sudah menjalankan siasatan berhubung insiden yang tular itu dan mengenalpasti lokasi kedai serbaneka terbabit. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia yang tular di media sosial kerana insiden pekerjanya mencuci ketuhar gelombang mikro (microwave) menggunakan mop, diberikan amaran keras dan notis daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM melalui BKKM sudah menjalankan siasatan berhubung insiden yang tular itu dan mengenalpasti lokasi kedai serbaneka terbabit.

“Pasukan penguatkuasa kesihatan BKKM dari Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah menjalankan pemeriksaan terhadap premis terlibat semalam.

“Pihak premis mengakui kesilapan yang dilakukan oleh pekerja terlibat yang juga seorang pekerja warga asing,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau berkata, dua notis dikeluarkan kerana kegagalan mengekalkan perkakas dalam keadaan baik, mudah dibersihkan dan dinyahjangkitan termasuk makanan yang dijual melebihi tarikh luput.

Tegasnya, amaran keras turut diberikan kepada premis dan pekerja agar tidak mengulangi perbuatan yang boleh menyebabkan penyakit merebak akibat pengendalian makanan yang tidak selamat.

“KKM memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan. Justeru, KKM menyeru orang ramai terutama pemilik, pengusaha dan pengendali makanan untuk menjalankan tanggungjawab memastikan aspek keselamatan makanan terjaga.

“Pengabaian ke atas aspek kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan air seperti kolera, tifoid, Hepatitis A, disentri, paratifiod serta keracunan makanan,” katanya.

Dr Noor Hisham memberitahu, menurut beliau, kira-kira 78,207 premis makanan diperiksa dan 1,439 premis ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 sepanjang tahun lalu. 

Selain itu, katanya, sebanyak 27,706 Notis 32(B) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan keselamatan makanan, pengendalian makanan yang tidak bersih termasuk kebersihan diri dan kegagalan mendapatkan suntikan tifoid.

“Kira-kira 240 Operasi Khas (Ops Bersih) dijalankan di seluruh negara. Bagi bulan ini, sebanyak 1,758  premis makanan diperiksa dan 51 premis makanan ditutup selain 750 Notis 32(B) dikeluarkan.

“KKM akan terus menjalankan pemeriksaan rutin premis makanan di samping Ops Premis bagi meningkatkan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa pengguna yang mempunyai sebarang kemuskilan berhubung isu keselamatan makanan agar menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Neger terdekat.

Katanya, pengguna juga boleh melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara itu.

Terdahulu, menerusi empat gambar dimuat naik mengenai kejadian dilapor berlaku pada 22 Januari lalu itu, seorang kakitangan premis 24 jam berkenaan dilihat menggunakan mop untuk membersihkan bahagian dalam microwave sehingga mencetuskan rasa jijik dan mual orang ramai.

Insiden tersebut tular selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter menerusi akaun AshrafChak yang ‘geli’ dengan kejadian terbabit, dan meminta syarikat berkenaan supaya mengajar pekerja protokol pembersihan sebenar.

“Hello @7elevenmalaysia, tolong la brief  (beri taklimat) staff korang untuk buat pembersihan dengan cara yang betul. Mop lantai pun masuk dalam microwave. Pengotor oi!,” ciapnya tanpa menyebutkan lokasi premis.

Selepas dikecam hebat netizen, rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka, susulan kejadian itu.

Menerusi kenyataannya, pengurusan syarikat berkenaan berkata, pihaknya ingin ‘menjernihkan keadaan’ dan sudah mengambil tindakan sepatutnya terhadap pekerja berkenaan.

“Kami di 7-Eleven Malaysia ingin memohon maaf seikhlas hati atas tindakan salah seorang pekerja kami yang gagal mematuhi protokol kebersihan kami yang ketat.

“Ini adalah pelanggaran jelas dan tidak menggambarkan standard tinggi yang kami laksanakan di semua kedai kami,” katanya.

Syarikat itu berkata, pihaknya memahami kepentingan untuk mengekalkan persekitaran bersih dan selamat kepada pelanggan.

Ia turut memberi jaminan kepada pelanggan bahawa tindakan segera sudah diambil untuk memastikan perkara terbabit tidak berulang.

Malah, syarikat itu mengakui kesal atas sebarang kesulitan atau kebimbangan yang mungkin timbul. - Getaran, 25 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad