web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amaran Hujan Peringkat Bahaya Di Johor, Sabah, Tahap Buruk Di Pahang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 11:00AM

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan peringkat bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah, hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan peringkat bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah, hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan awal pagi tadi memaklumkan daerah di Johor yang terbabit adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala di Sabah membabitkan daerah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Menurut kenyataan itu lagi, hujan berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di Pahang membabitkan daerah Pekan dan Rompin; Negeri Sembilan; Melaka serta tiga daerah lain di Johor iaitu Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak iaitu di daerah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei & Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) serta negeri Sabah iaitu di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Lahad Datu).

Sementara itu, amaran hujan berterusan peringkat waspada juga dikeluarkan di tiga daerah di Pahang iaitu Maran, Kuantan dan Bera serta Sarawak iaitu di Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) selain kawasan Togod di Sandakan, Sabah.

MetMalaysia turut meramalkan angin kencang 50 hingga 60 kilometer sejam (km/jam) dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga Ahad ini.

Katanya, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. - Getaran, 25 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad