web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Di Sebalik Jadual Padat, Anwar Luang Masa Lawat ‘Tok Kadi’ Perkahwinannya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 7:00AM

Mohammed Yussof (kiri) mengalami angin ahmar sejak 30 tahun lalu dan lumpuh bahagian kanan badan. - Gambar daripada Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam kesibukan seharian, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap meluangkan masa menziarahi sahabat lamanya di Kampung Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini ketika lawatan pertamanya ke negeri berkenaan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengunjungi mantan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang itu yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Datuk Mohammed Yussof Abd Latiff, 84, dan isteri beliau, Datin Safiah @ Che Piah Salleh, 79.

Perdana Menteri tiba di rumah Mohammed Yussof jam 5.51 petang dan meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk berbual dan sempat menjamah bubur durian, pulut dan kuih muih yang disediakan.

Mohammed Yussof berkata, beliau sangat gembira dan bersyukur dengan kehadiran Anwar untuk menziarahinya.

Katanya, Ahli Parlimen Tambun itu adalah sahabat beliau sejak di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

“Masa itu saya YDP (Yang Dipertua) (ABIM) di Pulau Pinang, beliau (Anwar) pula Presidennya di peringkat nasional, kiranya lebih 50 tahun dah berkawan ni, boleh katanya kalau beliau balik sini (Pulau Pinang) memang dia akan datang rumah saya.

“Masa dalam ABIM, kami sama-sama buat markas ABIM di sini dan buat usrah dengan panggil pensyarah apa semua. Kami juga buat usrah ke rumah-rumah,” katanya kepada pemberita.

Pada masa sama, Mohammed Yussof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua selama sepenggal dari 1990 hingga 1995 berkata, pembabitan beliau dalam politik ketika itu adalah atas dorongan dan sokongan Anwar.

“Hari ini sangat-sangat seronok dan bersyukur kepada Allah, kami gembira dengan kehadiran Perdana Menteri ke rumah, paling penting saya masih lagi ingat dan ‘tak gelong lagi’, alhamdulillah saya bersyukur.

“Saya doakan Perdana Menteri terus berkhidmat untuk kita kerana kebijaksanaan beliau memang diperlukan semua, terutama dunia Islam, insya-Allah,” katanya.

Beliau yang mengalami angin ahmar sejak 30 tahun lalu dan lumpuh bahagian kanan badan berkata, semasa berbual dengan Anwar, Perdana Menteri sempat berpesan kepadanya supaya banyak bersabar dengan keadaan kesihatannya.

“Anwar pesan saya banyak-banyak bersabar dan jangan lupa Allah kerana daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali,” katanya yang mempunyai empat anak dan 11 cucu.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook berhubung pertemuan berkenaan, Anwar memaklumkan bahawa Mohammed Yussof adalah jurunikah perkahwinannya 43 tahun lalu, iaitu pada 1980.

“Saya turut menziarahi Ustaz Yusof Latif  (Mohammed Yussof) di Kepala Batas. Sosok ini adalah tok kadi yang menikahkan saya dan Azizah.

“Semoga Ustaz Yusof terus diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT,” katanya. - Getaran, 24 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran