web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOTAC Sasar Kedatangan 5 Juta Pelancong China Ke Malaysia Tahun Ini - Tiong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Jan 2023 5:46PM

Sebahagian pelancong yang tiba menerusi pesawat China Airline (CI 0721) dari Taipei, Taiwan pada Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan kedatangan lima juta pelancong China ke Malaysia tahun ini berbanding 3.1 juta pada 2019, kata Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing.

Tiong berkata sasaran itu ditetapkan, susulan keputusan negara itu membuka semula sempadan pada 8 Jan lepas, selepas tiga tahun sekatan yang dilaksanakan berikutan pandemik COVID-19.

“Kita gembira lihat kedatangan pelancong ke negara ini untuk pacu sektor pelancongan dan ekonomi negara.

“Saya ucapkan selamat datang ke Malaysia dan berharap pelancong dari negara lain juga melawat Malaysia,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan cenderamata sempena Tahun Baharu Cina kepada pelancong dari Hong Kong dan China, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Beliau berkata sasaran tersebut dijangka tercapai, apabila China menyambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan ke 20 negara termasuk Malaysia, bermula 6 Februari ini.

Negara yang tersenarai ialah Thailand, Indonesia, Kemboja, Maldives, Sri Lanka, Filipina, Rusia, Singapura, Laos, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Kenya, Afrika Selatan, Switzerland, Hungary, New Zealand, Fiji, Cuba dan Argentina.

Tiong turut memberi jaminan setiap pelancong China yang memasuki negara ini, telah menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas dan meminta rakyat Malaysia untuk terus mengutamakan kesihatan diri, di samping menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Walaupun COVID-19 masih ada tetapi kita kena bergerak ke hadapan, kita sama-sama jaga kesihatan kendiri dan kita kena bergerak ke hadapan,” katanya.

Baru-baru ini Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), dilaporkan menaruh kepercayaan penuh kepada Kementerian Kesihatan (KKM) menguruskan ketibaan pelancong China, sama seperti yang mereka lakukan dengan pengembara lain dari seluruh dunia.

Tiong turut meminta pelbagai pihak untuk bekerjasama dengan MOTAC menjayakan promosi pelancongan bagi merancakkan semula sektor terbabit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Ekonomi 4 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

3

Luar Negara 4 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

Sorotan

1

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

2

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

4

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

5

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

6

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad