web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AstraZeneca Diberi Hanya Di PPV Khas, Orang Ramai Boleh Daftar Secara Sukarela

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 4:17PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memulakan pemberian suntikan vaksin jenis AstraZeneca kepada mereka yang mendaftar secara sukarela di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas yang bakal diwujudkan tidak lama lagi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata orang ramai yang mendaftar secara sukarela di PPV berkenaan akan diberikan vaksin itu berdasarkan “siapa cepat dia dapat”.

Katanya langkah itu dibuat bagi menangani ketakutan dan kegusaran rakyat terhadap vaksin itu, selain tidak mahu mengganggu program imunisasi yang sedang berjalan.

“Saya dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) telah berbincang dengan teliti tentang AstraZeneca... kita tidak mahu membazirkan vaksin yang berkesan dan selamat ini tetapi dalam masa sama kita memahami bahawa sains dan juga fakta tidak dapat mengatasi kebimbangan orang ramai.

Kita akan membuka PPV khas bagi vaksin ini (AstraZeneca) dan ia tidak akan diberi di PPV biasa... maka mereka yang telah melihat segala data berkenaan vaksin itu boleh tampil untuk mendaftar secara sukarela,” katanya dalam sidang media bersama Dr Adham mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini hari ini.

Beliau berkata satu sistem tempahan janji temu akan dibuka kepada sesiapa berusia 18 tahun ke atas dan ia tidak dikhaskan kepada golongan dalam fasa kedua sahaja.

Katanya kemudahan PPV Khas itu akan dibuka di Selangor dan Kuala Lumpur dan sebanyak 268,800 dos suntikan itu diperuntukkan.

“Untuk permulaan, pemberian vaksin tersebut dibuat di dua negeri ini sebagai pertimbangan untuk kawalan wabak.

“Kita akan membuat penilaian saringan pra pemvaksinan di PPV khas tersebut kepada mereka yang mendaftar dan setelah kita dapati mereka layak untuk terima, mereka akan diberikan vaksin tersebut,” katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang sudah mendapat tarikh janji temu termasuklah warga emas, mereka tidak perlu risau kerana mereka akan diberikan vaksin Pfizer. 

Khairy berkata hanya AstraZeneca sahaja diberi di PPV khas ekoran kebimbangan terhadap vaksin itu yang mungkin menyebabkan darah beku, dan memandangkan tiada kegusaran terhadap vaksin lain iaitu Pfizer dan Sinovac, kedua-dua vaksin itu akan terus diguna pakai di PPV lain.

Beliau berkata dos kedua AstraZeneca akan diberikan selang 12 minggu agar lebih ramai individu dapat divaksin di kedua-dua negeri itu.

“Hasil perbincangan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, seperti dipersetujui pemberikan vaksin AstraZeneca ialah selang 12 minggu sebagaimana disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kita jangka bekalan tambahan vaksin AstraZeneca akan sampai pada Mei ini untuk kita berikan dos kedua,” katanya.

Beliau mengulangi bahawa risiko pembekuan darah daripada vaksin AstraZeneca adalah empat kes dari satu juta vaksin iaitu 0.000004 peratus, berbanding dijangkiti COVID-19 (16.5 peratus), menghisap rokok (0.8 peratus), pil perancang (0.05 hingga 0.12 peratus).

Sementara itu, Khairy juga berkata vaksin AstraZeneca juga ditawarkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak berikutan kebimbangan negeri itu untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), agar program imunisasi dapat diselesaikan dengan cepat sebelum Ogos tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar