web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Bukan ‘Orang Dalam’ SRC Untuk Salah Guna Dana - Peguam

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 3:01PM

Najib tiba di Mahkamah Rayuan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak bukan seorang pengarah atau pengarah bayangan di SRC International Sdn Bhd untuk didapati bersalah menyalahgunakan RM42 juta dana syarikat.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas perdana menteri itu berkata Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar kes berkenaan mengguna pakai konsep pengarah bayangan  undang-undang sivil dan common law dari England untuk menyabitkan perayu (Najib) bersalah terhadap tuduhan itu.

“Yang Arif, Seksyen 402A Kanun Keseksaan bagi definasi pengarah adalah “suatu yang serupa dengan pengarah bayangan” tetapi tidak sama seperti di England.

“Najib bukan orang dalam syarikat seperti yang disyaratkan di bawah Kanun Keseksaan untuk melakukan pecah amanah (CBT). Najib adalah orang luar. Pihak pendakwaan juga tidak membuktikan unsur-unsur tuduhan CBT untuk dipanggil membela diri,” katanya.

Peguam itu berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam prosiding rayuan bekas perdana menteri itu terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana menyalahgunakan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Dua lagi hakim ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Muhammad Shafee berkata hakim yang mendengar kes berkenaan telah terkhilaf dari segi undang-undang dengan mengimport common law dari England untuk melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu dengan kesalahan tersebut.

“Perlu dibuktikan bahawa perayu mempunyai kawalan dan diberi kepercayaan dengan RM42 juta untuk didapati bersalah.

“Perayu berhujah bahawa hakim perbicaraan melakukan kesalahan besar dengan bergantung kepada common law dan tersalah dalam bahasa Seksyen 402A Kanun Keseksaan melangkaui makna biasa dari peruntukan itu,” katanya sambil menambah bahawa tindakan itu telah menimbulkan prasangka serius dan ketidakadilan terhadap Najib.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib setelah mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan, melibatkan RM42 juta dana SRC International.

Perbicaraan bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran