web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Lindungi Sesiapa, Dedah Jumlah Sebenar Eksport Telur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 8:40PM

KPDN didesak menjelaskan jumlah sebenar eksport telur ke luar negara berikutan masalah kekurangan bahan mentah itu dalam negara masih berlarutan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) didesak menjelaskan jumlah sebenar eksport telur ke luar negara berikutan masalah kekurangan bahan mentah itu dalam negara masih berlarutan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, penjelasan itu diperlukan kerana hairan bekalan telur eksport tiada masalah tetapi bekalan domestik masih tidak pulih sehingga hari ini.  

Menurut beliau, KPDN juga diminta menjelaskan jumlah keseluruhan pengeluaran telur bagi lima syarikat pengeluar terbesar dalam negara supaya penilaian dapat dibuat.

“Mengikut perangkaan ternakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kadar pengeluaran telur negara pada 2021 adalah hampir 14 bilion biji dan pastinya ia satu jumlah besar.

“Jika mengambil kira penggunaan telur oleh rakyat Malaysia berjumlah 30 juta sehari atau 930 juta sebulan, jumlahnya hanya 11.16 bilion biji telur.

“Maksudnya, kalau pengeluaran 14 bilion biji tapi penggunaan hanya 11.16 bilion biji, maka seharusnya bekalan kita cukup, bukan kurang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Susulan itu, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, ketelusan dalam hal ini amat penting dan penjelasan mengenainya perlu diberikan.

“Menteri perlu segera menjelaskan perangkaan sebenar jumlah pengeluaran telur tempatan dan telur eksport. Perlu jelaskan kenapa sebenarnya bekalan domestik tidak cukup.

“Jangan sembunyikan fakta dan lindungi sesiapa. Selain itu, rakyat juga perlu dijelaskan syarikat mana yang diberikan permit import (AP) oleh kerajaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mempertikaikan kenyataan Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh yang memberi jaminan bekalan telur akan pulih dalam masa dua bulan lagi.

“Adakah AP Import ini akan dihentikan pada April ini? Ini kerana kita tidak mahu ada pula kroni baru Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) mengambil keuntungan daripada kesengsaraan rakyat.

“Menteri PH-BN masih tidak kompeten bekerja untuk rakyat,” katanya. - Getaran, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Politik 1 tahun yang lalu

Kerajaan Kemuka Usul Rujuk Wan Saiful Ke Jawatankuasa Parlimen Isnin Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek