web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Indonesia Hasrat Kerjasama Dengan Bandar Utama Sarawak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 6:23PM

Universiti Teknologi Sarawak (UTS) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Indonesia menyatakan hasratnya untuk menjalin kerjasama erat antara Kalimantan Timur dan Barat dengan bandar-bandar utama di Sarawak.

Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono berkata kerjasama itu antara lain meliputi bidang pengangkutan, perniagaan dan pendidikan tinggi.

Beliau berkata kerjasama lebih erat antara Sarawak dan Indonesia khususnya Kalimantan amat penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kedua-dua kawasan itu.

"Terdapat keperluan untuk menjalin kerjasama dari segi pengangkutan bagi mewujudkan hubungan yang lebih baik antara Kalimantan dan Sarawak.

"Setakat ini, terdapat perkhidmatan bas setiap hari dari Kuching ke Pontianak. Selain mencari lebih banyak perkhidmatan bas untuk sampai ke bahagian lain di Kalimantan, pihak kita juga melihat potensi kerjasama dari segi penerbangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas melakukan lawatan kerja ke Penjara Pusat Sibu dan mengadakan pertemuan dengan pekerja-pekerja ladang di Sibu.

Raden Sigit Witjaksono memberitahu semasa lawatan ke Sibu tahun lepas, beliau telah berkunjung ke Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI) dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Menurut beliau bandar Sibu adalah sebuah tempat yang sangat unik dan terdapat banyak ruang yang berpotensi untuk mengadakan kerjasama itu.

Pihaknya meneliti untuk mengadakan kerjasama dengan UTS kerana terdapat ramai pelajar berpotensi di Kalimantan.

Pada masa ini terdapat ramai pelajar dari Kalimantan Barat belajar di institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Swinburne di Kuching.

"Kenapa mereka tidak pergi lebih jauh seperti UTS misalnya. Saya percaya ia akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar Indonesia tetapi juga UTS sendiri," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek