web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rela Hilang Kedai, Peniaga Runcit Buntu Dikompaun RM50,000

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 2:00PM

Mansah mendakwa dikompaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa. - Gambar Berita Harian Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang pemilik kedai runcit yang turut dikompaun RM50,000 atas kesalahan beroperasi lebih masa buntu memikirkan cara untuk membayar jumlah itu.

Pemilik berkenaan, Mansah Marjurin, 47, berkata, kedai runcit miliknya di Sri Chempaka, di sini, dikompaun pada jam 11.40 malam Ahad lalu.

Katanya, ketika itu dia sudah menutup kedai runcit termasuk pintu jeriji besi manakala isterinya, Fitriyani Amiruddin, 42, sedang bercakap dengan saudaranya yang datang bertandang.

"Saya menutup kedai pada jam 10 malam dan ketika itu saudara isteri datang bersama anaknya. Mereka bercakap sebelum beberapa orang polis datang.

"Selepas meminta kad pengenalan, polis terus menulis jumlah kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga lebih masa. Saya terkedu diberi surat kompaun bertulis RM50,000 dan sehingga kini gagal mencari cara untuk menjelaskan bayaran berkenaan.

Menurut Mansah, dia rela kehilangan kedainya jika terpaksa menjelaskan juga kompaun berkenaan, lantaran sudah kehabisan daya untuk mencari cara.

"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu, jika mereka nak suruh saya bayar juga, ambillah kedai ini. Biarlah saya hilang kerja," katanya ketika ditemui di kedai runcitnya di sini hari ini.

Mansah yang berasal dari Bukit Tinggi, Klang berkata, jualan kedainya merosot susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyebabkan dia tidak mampu membayar pinjaman rumah selama tujuh bulan, selain terpaksa merelakan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux  ditarik.

Dia memberitahu, jumlah keuntungan kedainya sejak pelaksanaan PKP hanya sekitar RM100 sehari, sedangkan gaji pekerja dan sewa kedai setiap bulan mencecah RM1,400.

"Saya harap jumlah kompaun ini dapat dikurangkan dan akan membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah hari ini.

"Saya tidak mampu membayar jumlah yang besar itu kerana perlu menanggung isteri dan tiga anak yang masih kecil," katanya.

Media semalam memetik Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat sebagai berkata, polis akan meneliti semula kompaun itu dan akan memanggil peniaga terbabit, termasuk dua lagi yang turut dikenakan kompaun yang sama.

Katanya, mereka akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapam Nilai Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan yang ada di bawahnya. – Getaran, 28 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran