web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perpaduan Kunci Utama Keharmonian, Rakyat Diseru Kekalkannya – Ketua Polis Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 2:07PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seluruh rakyat Malaysia diseru untuk bersama-sama mengekalkan perpaduan dalam integrasi masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia kerana perpaduan adalah kunci utama kepada keharmonian yang dikecapi pada hari ini.

“Suka juga saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama, mengekalkan perpaduan dalam integrasi masyarakat berbilang kaum di dalam negara yang menjadi kunci utama kepada keharmonian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Perutusan Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2023.

Pada masa sana, Acryl berharap kedatangan tahun baharu itu akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Katanya, hari istimewa berkenaan juga diharap menyuburkan rasa hormat-menghormati sesama kaum.

“Saya dan seisi keluarga serta barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Gong Xi Fa Ca’ kepada warga pasukan dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

“Sudah menjadi tradisi Tahun Baharu Cina disambut dengan meriah bersama seisi keluarga dan sanak saudara,” katanya.

Menerusi perutusan sama, Acryl berkata, PDRM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan keamanan negara terpelihara, khususnya ketika musim perayaan ini.

“Bagi mereka yang merancang untuk meninggalkan kediaman masing-masing, pastikan langkah keselamatan diberi perhatian sewajarnya.

“Pastikan juga kenderaan sudah diselenggara dengan baik dan memandulah dengan berhemah, selain patuhi peraturan keselamatan jalan raya ditetapkan agar selamat sampai ke destinasi dituju,” katanya. – Getaran, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sah, Menantu Bekas PM Yang Diburu SPRM Ada Di Luar Negara - KPN

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Pegawai Petronas Terima Ugutan, Polis Perketat Kawalan Di Fasiliti LNG Bintulu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad