web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Ini Menteri Pengangkutan Anda Bercakap’, Penumpang Penerbangan Teruja Anthony Buat Pengumuman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 12:25PM

Loke membuat pengumuman suara untuk pelepasan penerbangan. - Tangkap layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cuti sempena Tahun Baharu Cina bagi penumpang Batik Air dan AirAsia pada kali ini, pastinya menjadi momen tidak akan dilupakan mereka apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sendiri membuat pengumuman suara untuk pelepasan penerbangan itu, masing-masing ke Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Kejutan itu diterima mereka apabila terlihat Loke muncul dan ‘mengambil alih’ tugas kebiasaannya dilakukan anak kapal dengan memegang pembesar suara untuk membuat pengumuman.

“Tuan-tuan dan puan-puan, ini adalah Menteri Pengangkutan anda sedang bercakap, Batik Air, ini adalah pesawat OD 7006 yang akan ke Kota Kinabalu.

“Sementara kita bersedia untuk pelepasan, pasangkan tali pinggang keselamatan, tegakkan tempat duduk dan sila ‘matikan’ peralatan elektronik anda.

“Sila duduk dan relaks serta semoga perjalanan anda selamat ke Kota Kinabalu. Selamat Tahun Baharu Cina,” katanya menerusi rakaman video berdurasi 33 saat untuk penerbangan Batik Air.

Pengumuman Loke menerima sorakan dan tepukan daripada penumpang serta anak kapal penerbangan itu.

Beliau yang juga Setiausaha Agong DAP dikenali sebagai pemimpin ‘berjiwa rakyat’ dan cukup berdedikasi terhadap tugasannya sebagai Menteri Pengangkutan.

Sebaik dilantik ke jawatan itu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pada 2 Disember lalu, Loke beberapa kali ‘turun padang’ untuk menyamar sebagai rakyat biasa bagi merasai situasi dan masalah pengguna pengangkutan awam.

Pada awal Disember, beliau mengenakan topi dan pelitup muka ketika menaiki perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) ketika waktu puncak.

Ahli Parlimen Seremban itu meluangkan masa selama dua jam pada waktu puncak di dalam LRT Laluan Kelana Jaya di antara jam 5.00 petang hingga 7.00 petang, selain meninjau kemudahan di stesen.

Beberapa hari kemudian, beliau menyamar sebagai pengguna biasa yang menggunakan tren Komuter KTM dari Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke stesen Bandar Tasik Selatan, selain melakukan tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), seperti dikongsikannya menerusi hantaran Facebook.

Katanya, pendekatan diambil itu susulan beliau menerima banyak maklum balas dari media sosial berkenaan perkhidmatan pengangkutan berkenaan dan masalah mencetak pas masuk di TBS.

Jelasnya, menerusi hantaran sama, beliau akan membawa perkara itu ke meja perbincangan dengan pengurusan kedua-dua penyedia perkhidmatan pengangkutan berkenaan, demi keselesaan dan keselamatan pengguna. - Getaran, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad