web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Cadang Kenaikan Kadar Bantuan Makanan Prasekolah Dalam Belanjawan 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 9:17PM

KPM mencadangkan kadar bantuan makanan prasekolah (BMP) di Semenanjung dinaikkan kepada RM2.50 daripada RM2 sekarang, manakala RM2.75 di Sabah dan Sarawak berbanding RM2.25 sekarang - Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) mencadangkan kadar bantuan makanan prasekolah (BMP) di Semenanjung dinaikkan kepada RM2.50 daripada RM2 sekarang, manakala RM2.75 di Sabah dan Sarawak berbanding RM2.25 sekarang.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM telah mengemukakan cadangan kenaikan BMP dalam Belanjawan 2023 kepada Kementerian Kewangan kerana kadar sekarang menunjukkan murid tidak mendapat nutrisi mencukupi untuk tumbesaran mereka.

“Kita di KPM berjuang memohon peruntukan lebih untuk memastikan nutrisi dan murid yang pergi ke prasekolah mendapat manfaat dengan bantuan makanan yang lebih sihat,” katanya dalam sidang media selepas majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga kementerian di sini hari ini.

Menurut Fadhlina pelbagai inisiatif memperkasakan pendidikan prasekolah antaranya menambah bilangan kelas pada setiap tahun, meningkatkan enrolmen murid, kualiti guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) sedang diperhalusi serta diteliti KPM.

Katanya KPM mencadangkan perluasan sebanyak 118 kelas prasekolah untuk beroperasi di seluruh negara tahun ini termasuk di kawasan miskin bandar, luar bandar dan pedalaman.

Menyifatkan tambahan 118 kelas prasekolah itu sebagai luar biasa, beliau berkata sesi persekolahan dijangka bermula Mac ini dan kelas-kelas tersebut telah tersedia dari segi infrastruktur, guru dan murid.

Mengenai konsep Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fadhlina berkata konsep itu terangkum dalam aspirasi dan teras KPM untuk memperkasa pendidikan negara, contohnya dalam isu kemampanan bilik darjah, kurikulum serta kesejahteraan guru dan murid.

Antara teras utama KPM menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap serta telus; penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti; memberi perhatian kepada isu kemiskinan multidimenasi murid daripada keluarga B40 termasuk dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran.

Teras KPM juga memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi supaya kesenjangan pendidikan yang wujud dapat dirapatkan; memberi fokus kepada kebajikan guru; memberi tumpuan kepada usaha mengubah suai dan menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif; serta meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah. - Bernama

-- BERNAMA

TAG : Fadhlina Sidek, KPM, prasekolah, makanan, sekolah, madani


TCT LES SZJ
 

Thursday , 19 January 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad