Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Filem Pulau: ‘Lampu Hijau’ Untuk Adegan Panas, Lucah Di Pawagam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 7:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) menghalalkan tayangan filem bergenre seram, Pulau dilihat sebagai ‘lampu hijau' untuk membenarkan adegan panas dan lucah ditayangkan di pawagam. 

Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, agensi itu sebelum ini berprinsip mahu mengutamakan empat tonggak utama iaitu keselamatan, agama, bangsa dan budaya dalam menapis filem.

Bagaimanapun, menurut beliau, filem Pulau bukan hanya sekadar aksi seram namun ia diselitkan dengan selling points berunsur sensualiti, seksualiti serta eksploitasi wanita yang jelas terpampang dalam trailer sehingga menerima kecaman pelbagai pihak. 

“Adegan panas itu pastinya disasarkan kepada golongan muda, kerana gabungan pelakon (filem) ini dikatakan mempunyai 30 juta pengikut media sosial. Filem berkenaan nanti boleh sahaja ditonton di platform berbayar, langganan yang tidak tertakluk LPF. 

“Namun, untuk LPF menghalalkan ia ditayangkan di GSC, adakah ia suatu bentuk greenlight? Yang kita sudah boleh tolerate dengan adegan sebegitu. Kelulusan LPF itu yang bermasalah,” katanya kepada Getaran. 

Rafidah Hanim menegaskan, kelulusan filem itu menandakan bahawa negara sudah bersedia untuk menjejaskan jati diri generasi muda yang ketika ini sedia terdedah kepada hiperseksualiti melampau.

Lebih membimbangkan, menurut beliau, seorang daripada pelakon filem berkenaan ialah individu yang terkenal di platform bahan lucah atas talian, OnlyFans serta dikenali sebagai wanita Asia Tenggara pertama dipilih menghiasi muka depan majalah dewasa, Penthouse.

“Ini juga satu bentuk normalisasi. Ada aktres dalam filem ini berkongsi gambar separuh bogel pun di Instagram. 

“Adakah kita suka menyekat kreativiti? Tidak, Kita pun dah lihat banyak filem seram seperti Ju-On, Annabelle, Train to Busan yang tak perlukan pelakonnya menghidangkan adegan panas steamy. Mengapa kita tidak boleh mempunyai kreativiti seperti itu. 

“Zul Ariffin pernah didakwa di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan didenda RM 30,000 kerana memuat naik klip video promosi yang mengandungi tindakan lucah. Atas nama seni, kenapa adegan dalam trailer Pulau boleh,” tegasnya. 

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya senada dengan perkara itu dan menegaskan, budaya untuk menormalisasikan soft porn perlu dikekang dengan tegas oleh kerajaan. 

“Sedikit demi sedikit normalisasi tersebut bertapak dalam negara. Usah cemarkan prestij seni kreatif negara dengan budaya yang tidak sihat serta bertentangan dengan nilai agama. 

“Malangnya, terdapat sebahagian pemain industri layar perak yang semakin berani mengetengahkan budaya tersebut secara tidak langsung, melalui penghasilan filem dan sebagainya. 

“Adakah kita mahu menghakis sensitiviti masyarakat terhadap budaya soft porn dalam negara? Tanpa ketegasan hari ini, rosaklah masyarakat pada masa akan datang,” katanya. 

Justeru, Ahmad menggesa LPF menyelidiki semula kelulusan diberikan terhadap tayangan filem tersebut, yang mempunyai unsur bertentangan dengan kesopanan awam. 

“Pulau secara tidak langsung bertentangan dengan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan larangan terhadap filem atau bahan publisiti filem lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

“Persoalan timbul adalah apakah garis panduan penapisan filem oleh LPF semakin kendur sehingga membiarkan filem sebegini dilepaskan untuk menjadi tayangan kepada masyarakat? Saya mengharapkan agar kementerian bertanggungjawab dapat meneliti perkara ini secara lebih mendalam,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Dakwah Kebajikan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Aizah Nurhikmah Zainal berkata, adegan panas berkenaan membuktikan industri perfileman semakin liar dan kesal berikutan majoriti pelakonnya adalah umat Islam. 

Menurut beliau, seharusnya pengusaha filem bijak dan kreatif dalam mencari langkah terbaik dalam mendidik peribadi serta merangsang akal yang baik, bukannya untuk menjahanamkan pemikiran masyarakat. 

“GAMIS meluahkan rasa kesal dengan isu yang berlaku, apatah lagi kebanyakan pemain layar dan latarnya adalah dalam kalangan muslim. Bagai belacan dikerat dua, yang pergi busuk, yang tinggal hanyir. Masakan tidak, (apabila) batasan agama dan maruah sanggup digadaikan demi meraih laba. 

“Isu seperti ini ternyata menikam landasan berfikir anak muda. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait,” katanya. 

Mengulas lanjut, Aizah berkata, serangan pemikiran liberalis serta hedonis yang mementingkan keseronokan akal semata harus dicantas sebelum menenggelamkan fikrah suci rakyat, khususnya golongan belia. 

“Perkara ini jika dibiarkan akan parah dan merosakkan generasi masa depan negara. Jangan sampai belukar pula yang menjadi rimba. Buktinya semakin banyak iaitu gejala sosial yang perdunya daripada hiburan melampau. 

“GAMIS menyeru seluruh masyarakat agar tidak menyokong filem yang mengotorkan industri layar perak negara. Di manakah pihak yang berwajib dalam menapis filem seperti ini. Kritikan daripada pelbagai pihak perlu diterima oleh seluruh pengusaha filem dan bukan mengabaikannya bagai hujan ke pasir,” katanya.

Terdahulu, Pulau yang diterbitkan oleh My Way Pictures dengan kerjasama Film Force Studios bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan dan menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Namron, Amelia Henderson, bekas ratu cantik, Sanjana Suri dan bintang pornografi dalam talian, Siew Pui Yi. - Getaran, 19 Januari 2023. 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

3

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Putin, Filem Biografi Yang Belum Pernah Diterbitkan 

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

Semasa 9 jam yang lalu

16 Kereta Dan 3 Rumah Rosak Akibat Pokok Tumbang Susulan Hujan Lebat Di KL

Semasa 2 jam yang lalu

Ops Samba 2.0: Ketirisan Akibat Penyeludupan Di Kargo, KLIA Cecah RM2 Bilion - SPRM

Luar Negara 1 jam yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia