web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Terus Terjun Tanpa Fikir Apa-Apa’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 7:00AM

Tindakan pantas Suzaini dapat menyelamatkan tiga individu yang hampir pasti lemas apabila Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam tasik berkenaan. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Seorang lelaki nekad terjun ke dalam sebuah tasik di Jalan Bukit Pasir di sini, demi menyelamatkan nyawa tiga individu selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam tasik berkenaan.

Suzaini Mohd Sadali, 43, seorang penyelia kilang berkata, ketika kejadian dia sedang memandu di sekitar tasik yang dikenali sebagai Tasik Merdeka, sebelum ternampak sebuah kereta di hadapannya terbabas dan terus terjunam ke dalam tasik yang juga bekas lombong bauksit.

“Saya kemudiannya memberhentikan kereta dan terlihat mangsa yang terdiri daripada dua wanita di sebelah tempat duduk pemandu dan penumpang belakang, berpaut pada badan kereta sambil menangis.

“Pemandu kereta merupakan seorang lelaki dan dia pula sudah terkapai-kapai. Bila nampak saya, dia menjerit minta tolong, saya terus terjun tanpa berfikir kerana tidak sanggup membiarkan mereka,” katanya.

Suzaini berkata, dia berjaya membawa mangsa lelaki ke tepi tasik sebelum dua lelaki lain yang merupakan orang awam, membantu menyelamatkan kedua-dua wanita itu dengan menarik mereka ke tebing.

 “Saya bersyukur kerana kesemua mangsa berjaya diselamatkan daripada lemas. Pengalaman ini sangat berharga buat saya. Saya memang tahu berenang, tidak sangka tasik ini terlalu dalam dan jika semua mangsa dibiarkan, mungkin mereka akan terus tenggelam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu, daripada orang awam pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bersama dua rakan wanitanya, dalam perjalanan dari Tongkang Pechah menghala ke Batu Pahat.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta itu hilang kawalan lalu terbabas dan terus masuk ke dalam tasik di sebelah kanan jalan, namun dengan bantuan orang awam ketiga-tiga mangsa sempat keluar sebelum kereta tersebut tenggelam.

“Kesemua mangsa yang berusia antara 25 hingga 28 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar kejadian berkenaan di media sosial sehingga orang ramai memuji tindakan dan keprihatinan Suzaini, yang berani menggadai nyawa demi membantu menyelamatkan ketiga-tiga mangsa daripada lemas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad