web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hadi Ulama, Diplomat Berwawasan - Jurucakap Taliban

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 9:14AM

Abdul Hadi Awang dilihat sebagai seorang ulama dan diplomat agama berpengalaman dan berwawasan yang ingin mempunyai hubungan baik dan rapat dengan IEA dan rakyat Afghanistan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Taliban memuji Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin “berwawasan” dan “berpengalaman” dalam bidang diplomasi dan akademik Islam.

Ketua Pejabat Politik Emiriah Islam Afghanistan (IEA), Muhammad Suhail Shaheen berkata, Hadi menyatakan hasrat untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan negaranya.

“Saya mendapati beliau (Hadi) seorang ulama dan diplomat agama berpengalaman dan berwawasan yang ingin mempunyai hubungan baik dan rapat dengan IEA dan rakyat Afghanistan.

“Saya tidak sabar untuk mengadakan pertemuan sebegitu dengan pelbagai personaliti berprofil tinggi dari Malaysia dengan kerap,” katanya kepada The Vibes.

Komen tersebut dibuat susulan pertemuan yang diadakan pada Februari tahun lalu antara Suhail dan Hadi yang ketika itu adalah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah di Doha, Qatar.

Menerusi satu ciapan selepas pertemuan itu, Muhammad Suhail berkata, Hadi berjanji bahawa Malaysia akan melakukan apa yang mampu untuk membantu Afghanistan dan memperbaiki hubungan dua hala.

 Muhammad Suhail Shaheen - Gambar AFP
Muhammad Suhail Shaheen - Gambar AFP

 

Menjalin hubungan dengan kerajaan pimpinan Anwar

Menyentuh mengenai pentadbiran baharu Malaysia berikutan pertemuannya dengan Hadi, Muhammad Suhail berkata, Afghanistan yang diketuai Taliban berharap dapat menjalin hubungan dengan kerajaan yang kini diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami ingin bekerjasama dengan beliau (Anwar) dan meneroka cara kami boleh maju ke hadapan.

“Secara ringkasnya, kami mempunyai harapan yang tinggi daripada saudara kami di Malaysia, sama ada mereka dalam kerajaan atau di luar kerajaan.

“Saya harap Malaysia bangkit dalam fasa kritikal ini untuk Afghanistan,” katanya.

Menurut beliau, Afghanistan memerlukan hubungan diplomatik dan ekonomi yang komprehensif semasa fasa pembinaan negaranya berikutan penyingkiran tentera Amerika Syarikat (AS) pada 2021.

“Kami mahukan kehidupan bersama secara aman dan bekerjasama dengan semua negara Islam.

"Kami mempunyai matlamat yang sama, seperti untuk mengekalkan keselamatan dan menyediakan kemakmuran untuk rakyat kami," katanya.

Muhammad Suhail adalah anggota Taliban yang berkhidmat sebagai Timbalan Duta ke Pakistan ketika ia memerintah dari 1996 hingga 2001. 

Semasa pendudukan AS di Afghanistan, beliau berkhidmat sebagai jurucakap Taliban dari pejabat politiknya di Doha.

Ketika ini, pentadbiran pimpinan Taliban Afghanistan juga mencalonkan Muhammad Suhail sebagai wakil tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - The Vibes, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Muktamar Dah Habis, PAS Bila Nak Bayaq Hutang?’ 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Seru Ulama Perlu Berani Buat Teguran Kepada Kerajaan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad