web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Seru Ulama Perlu Berani Buat Teguran Kepada Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 4:17PM

Anwar ketika berucap pada majlis Muzakarah Ulama-Umara di sini, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru para ulama supaya berani membuat teguran kepada kerajaan demi mengangkat martabat negara dan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata kerajaan juga harus bersedia untuk mendengar teguran itu sebagaimana yang dianjurkan dua ulama terkenal iaitu Prof Dr Ali Jum’ah dan Habib Umar Hafidz yang menekankan agar teguran perlu dibuat secara baik dan terhormat. 

Menurut Anwar kaedah menegur kerajaan yang disarankan kedua-dua ulama berkenaan bukannya dengan cara mencerca, memfitnah atau menghukum.

“Untuk para pimpinan pula, apabila dengar ulama bercakap dengan ikhlas dan berani menegur (perlu) diterima dengan baik dan menjawab dengan baik,” katanya pada Muzakarah Ulama-Umara di sini, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata dalam sesetengah hal yang mungkin dipersetujui bersama, ia tidak dapat dilaksanakan kerajaan disebabkan keterbatasan yang ada selain tahap kefahaman umat dalam sesuatu perkara.

“Jadi kadang-kadang apa yang kita bicarakan itu ditafsirkan berbeda dan bukan kerana satu Uslub dan Ittijahat (kaedah dan aliran) dalam politik ini. Saya yakin Insya-Allah kita di landasan yang baik dan kita boleh angkat martabat umat (Islam) dan negara ini sesuai dengan cita-cita Balad (negara) Madani,” katanya.

Pada masa sama Perdana Menteri juga meminta Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk menerbitkan semula Koleksi Hadis 40 Imam Nawawi untuk diedar kepada semua sekolah bagi memberi perkembangan ilmu kepada murid dan pelajar. 

“Kalau baca hadis sahaja mungkin anak-anak kita tidak semuanya dapat menghadam dengan baik dan kita boleh tanya pandangan Dr Ali nanti, apa yang dicadang untuk diterbit dan diedar di seluruh negara,” katanya.

“Ini sekurang-kurangnya adalah sebagai hasil sambutan daripada pandangan Dr Ali dan Habib Umar tadi,” katanya. 

Dr Ali, bekas Mufti Agung Mesir dan Pengasas Darul Musthafa Habib Umar dari Yaman merupakan tetamu khas bagi acara Muzakarah Ulama-Umara anjuran kerajaan Selangor hari ini yang menghimpunkan para pemimpin negara dan ulama dalam sebuah pertemuan yang amat jarang berlaku. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad