web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengeluaran KWSP, Lebih Baik Kerajaan Cari Jalan Lain - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 6:53PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum membenarkan sekali lagi pengeluaran khas.

Anwar berkata adalah lebih baik kerajaan mencari kaedah dan jalan lain yang lebih berkesan bagi membantu rakyat yang terkesan serta kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.

Beliau berkata ini kerana kebanyakan pencarum memiliki jumlah simpanan yang sangat kecil dan jika kerajaan membenarkan pengeluaran sekali lagi, ia akan memberikan kesan kepada masa depan pencarum itu sendiri

“Terlalu kecil ... saya periksa jumlah simpanan kebanyakan pencarum jumlahnya sangat rendah, jadi saya bimbang tentang masa depan mereka, jadi lebih baik kerajaan cari jalan untuk bantu mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Perlis di sini hari ini.

Semalam, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) meminta kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan pengeluaran wang caruman KWSP sebanyak RM30,000.

Presidennya, Khairul Anuar Othman berkata, pengeluaran secara sekali bayar antara RM10,000 hingga RM30,000 itu adalah langkah penyelesaian jangka pendek supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai.

Sementara itu, semasa diminta mengulas mengenai projek pembangunan di Perlis, Perdana Menteri berkata kerajaan akan meneliti semua projek di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) selepas Bajet 2023 dibentangkan 24 Februari ini.

“Soal projek itu kita bincang dengan koridor utara. Menteri Besar pun telah menghantar senarai beberapa projek yang disebut Pelabuhan Sanglang, Perlis Inland Port, keterjaminan makanan, itu hal-hal yang kita beri tumpuan, tetapi lebih baik kita dengar dengan lebih teliti dalam mesyuarat koridor selepas bajet nanti,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad