web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong Terima Menghadap Menteri Luar Singapura

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 4:29PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan di Istana Negara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan di Istana Negara, di sini hari ini.

Sesi menghadap bermula kira-kira 2.20 petang itu disertai Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon, Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri Singapura Albert Chua dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata sesi menghadap yang berlangsung hampir 30 minit itu adalah sebahagian daripada program sempena lawatan rasmi Balakrishnan ke Malaysia selama empat hari bermula semalam.

“Dalam sesi menghadap itu, kedua-dua pemimpin telah menyentuh berkenaan soal pengukuhan hubungan dua hala istimewa yang telah terjalin erat sejak sekian lama antara Malaysia dan Singapura,” menurut Zahari dalam kenyataan.

Pada Oktober lepas, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan berangkat melakukan lawatan negara ke Singapura selama empat hari, bermula 25 Oktober 2022.

Dalam rangka lawatan negara itu, Seri Paduka berdua telah melakukan pertemuan dengan Presiden Singapura Halimah Yacob selain turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching.

Pada 2022, Singapura merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam ASEAN dengan jumlah dagangan sebanyak RM336.73 bilion (US$76.40 bilion), peningkatan sebanyak 30.8 peratus, berbanding nilai yang direkodkan pada 2021. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad