web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Import Telur Langkah Sementara Tampung Bekalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 4:00PM

Mohamad Sabu berkata langkah itu diambil kerana pengeluar tempatan tidak mampu menampung permintaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mengimport telur dari India hanyalah langkah sementara untuk menampung permintaan iaitu sehingga bekalan di pasaran tempatan kembali stabil, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata langkah itu diambil kerana pengeluar tempatan tidak mampu menampung permintaan yang menyaksikan kekurangan bekalan ketara di pasaran.

“Sekarang masalahnya pengeluar tempatan tidak cukup mengeluarkan telur.

“Kalau pengeluar tempatan boleh mengeluarkan cukup (telur) tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong agar MAFS mengutamakan penternak tempatan dan bukannya mengimport telur dari India bagi menangani masalah bekalan.

Bagi meningkatkan bekalan telur di pasaran, Mohamad berkata MAFS sedang berbincang dengan pihak berkaitan termasuk penternak ayam telur bagi menyusun semula hal subsidi.

“Ada pandangan mengatakan supaya harga telur diapungkan dan kemudian subsidi diberikan kepada B40.

“Hal itu sedang kami kaji, adakah ia lebih baik kepada B40 atau kurang baik,” katanya.

Mohamad berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan dalam sesi permukiman Jemaah Menteri semalam bahawa pandangan orang awam terhadap MAFS adalah ‘markah tercorot’ ekoran masalah kekurangan bekalan ayam dan telur.

Beliau berkata pandangan awam itu seiring dengan masalah global berikutan krisis bekalan makanan ekoran peperangan, perubahan iklim serta pemanasan global.

Katanya pihaknya sedang berusaha mengatasi isu yang timbul, malah bekalan ayam kini dilihat kembali stabil, manakala bekalan telur dijangka bertambah baik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MAQIS Johor Sita 25 Tan Perut Babi Bernilai RM400,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

El Nino: Tanaman, Sumber Bekalan Makanan Tempatan Tidak Terjejas - Mohamad

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad