web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAQIS Johor Sita 25 Tan Perut Babi Bernilai RM400,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 12:13PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor menyita 25 tan daging perut babi bernilai RM400,000 dari Sepanyol kerana tidak mematuhi syarat import ketika pemeriksaan di Pelabuhan Pasir Gudang di sini, semalam.

Pengarahnya, Edie Putra Md Yusof berkata, kesemua daging berkenaan cuba dibawa masuk menerusi sebuah kontena di kawasan pemeriksaan import pelabuhan itu pada jam 6 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati konsainan itu tidak mematuhi syarat import kerana tiada label yang diletakkan pada setiap bungkusan daging babi berkenaan. Syarat permit menyatakan setiap daging hendaklah dilabel pada setiap bungkusan dengan meletakkan nama, alamat, nombor loji dan tarikh penyembelihan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perbuatan itu menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (2) akta sama.

Edie Putra berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada wakil pengimport iaitu ejen penghantaran yang juga seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun.

Katanya, MAQIS sentiasa menjalankan penguatkuasaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan setiap keluaran seperti tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Sekatan Import Ikan Dari Jepun - Menteri

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Eksport, Import Perkhidmatan Catat Peningkatan - SITS 2022

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengimport Telur Ayam Tak Terima Subsidi, Dana Kerajaan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad